Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Friday, June 19, 2015

5 star for Mia !!!

Assalamuailaikum,

Yuhuuu anak umi dah 5 tahun. Seperti biasa mesti 2 kek. Tahun ni nak kek teddy bear tu. Satu lagi request mmg bagi umi tertiarap. Kek Frozen mmg tak boleh tinggal. Tahu ler nama tu ada ELSA. Ceh....ni yang buat umi geram. Hahaha nak marah lebih-lebih pun x boleh. Nama tu Umi yang pilih.

Nala punya pinkish teddy bear. Minah ni yang nak sangat warna pink. Umi ikutkan saja.


Ni plak kek tema FROZEN.....Nak nangis ni.....Umi tak merasa nak makan kek ni. Dah habis kat sekolah. 

Sambutan birthday untuk yang lahir bulan Mei. Macam-macam bentuk kek.

8 yrs My Nu'man


Nak kena ketuk ketampi ni...te net te net..hahaha macam scenes labu labi kena ketuk ketampi. Maafkan umi ekk....susah betul umi nak apdet. Maklumlah bukan selalu dapat lepak suka hati depan pc ni. Ada-ada saja kerja yang menunggu. 





Minat sangat dengan CARS....tu yang kek ada pis tu. Moga anak umi akan jadi khalifah yang berjuang menjadi muslim sejati.

Mia 4 Years.....Huhuhu Lambatnyer umi apdet..

Maaf...maaf....Hahahaha..pic tahun lepas 2014, tahun ni 2015 baru umi boleh apdet pic birthday Mia yang ke 4 tahun. Terukkan umi ni...tu ler pasai...Seronok anak dara tu. Dapat 2 biji kek dia.

Nak cake barbie doll. Pilih corak sendiri tu. Tempah dengan Cupcakes Lumut. Memang berbaloi. Senyuman yang bermain di bibir cilik tu menggembirakan hati umi. Sayang Mia sangat-sangat.

Amboi ceria sakan. Hahahaha....Juadah segera yang sempat umi sediakan. Makan anak beranak saja.

Satu lagi kek yang ditempah. Yang ni untuk Mia raikan dengan kawan-kawannya di Brainy Bunch. Huhuhu Umi tak rasa pun. Meleleh air liur ni, Terbaek Cupcakes Lumut