Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Thursday, August 12, 2021

Here We Come Kundasang - Day 4 ( 22.8.2021 ) GOODBYE KK

22.12.2017

Sedih..sedih...berat nanang rasa hati nak tinggalkan KK. Best pengalaman berjalan di sini. Namun apakan daya, kena balik Lumut la. Cuti dah habis Cik Jenab oi...Hahahaha..marah kang bos kat opis nun. Banyak cantik nak cuti lama-lama ekk.

Ok le nanti kita datang lagi ye. Tak puas berjalan-jalan. Lain kali kita explore. KK dan Kundasang, we will visit you again.


Sesi bergambar sebelum masuk airport. Entah bila lagi nak mai pulak.


Amboi sempat lagi naa,,,Tengah dok jalan, my laling sempat snap sekeping dua.


Muka tension menunggu. Yang sebelah tu entah apa yang dibeleknya. Excited nampak.


Eceh...eceh...comelnyaaaaaa



Alololo....


Tuan puteri merajuk...hahahaha

Sempat lagi gedegit. Siap kena warning. Laju-laju jalan masuk kapal terbang.





Wednesday, June 30, 2021

Here We Come Kundasang 2017 - Day 3 - Rumah Terbalik & Jambatan Tamparuli

 21.12.2017

Sedap toi tidur katil empuk dengan bantal gebu-gebu. Dengan aircond bagai ditambah dengan keletihan perjalanan semalam rasa malas nak bangun pagi. My laling dah bising-bising. Jom la bangun jalan-jalan. Esok kita nak balik dah. Iye tak iye juga yer. Kejutkan si kecik berdua yang sedap berlingkar atas katil. My laling ke bilik sebelah kejutkan anak yang lagi 3. Suruh mandi cepat. Selepas masing-masing dah mandi, settlekan pula budak comel 2 orang ni.

Turun ke cafe di bawah nak breakfast. Kena top up sendiri breakfast untuk Damia. Si Amalin dan Ammar tak kena charge. Masing-masing amik apa yang dorang nak. Apa nak makan pi ler amik. Makan bagi kenyang-kenyang karang nak pi berjalan. Nahhh...sampai tersandar kekenyangan dorang. Hahaha..amboi sakan makan noo.

Destinasi hari ini ke RUMAH TERBALIK. Bunyi cam menarik ajer kan. Jomm...


Beraksi di depan Rumah Terbalik. Seperti biasa mesti muka my laling takde sama..Nak buat lagu mana diakan tukang tangkap gambar. Ops lupa lak...nak godek fail go pro...Hahaha ada pic sefamily.






Mujur ada juga yang sudi tolong bila minta tolong tangkapkan gambar satu keluarga. Takde lah My Laling tak bergambar. Terima kasih ya pada yang menolong. Seronok anak-anak masuk ke dalam Rumah Terbalik. Semuanya terbalik. Mujur kita tak terbalik..Hahaha...Layan anak-anak. Bukan selalu kita jalan jauh-jauh tempat orang ni.





Lepas seronok gedegit-gedegit, terus masuk ke kedai cenderamata. Beli baju untuk anak-anak dan juga anak-anak buah. Buah tangan pada yang tak datang sini. Dan juga barang kenangan buat anak-anak menandakan yang mereka dah datang sini.

Bertolak ke Tamparuli. My laling nak tunjukkan pada anak-anak jambatan tergantung terpanjang di Malaysia. Bukan anak-anak je yang excited, si bini pun excited sama. Memang tak pernah sampai sini, Dulu duduk di Kota Kinabalu pun duduk kem. Mana nak pi jalan-jalan. Kecik lagi kan. Jauh kot Kem Lok Kawi nak mai sampai sini. Lagipun masa tu ayah asyik kena pi operasi masuk hutan ja. So mereput le kat rumah jer. Bukan lama pun duduk kat Kem Lok Kawi tu. 2 tahun jek. Lepas tu pindah ke Kem Tok Jalai, Kedah.



Taraaa dah sampai pun. Gayat juga jalan atas jambatan ni. Dengan dukung si bam bam lagi. Budak-budak kemain seronok lagi muka depa. Siap berlari lagi. Hahaha...Damia dapat kenangan yang takkan dia lupakan. Punyalah main-main dengan abang, sampai gigi tercabut atas jambatan ni. Itulah bergurau tak henggat dunia. Dapat le tengok drama airmata di petang hari. Lain kali buat lagi yer anak-anak. Jom arr gerak balik. Dah lewat ni.


Sampai di KK, masing-masing perut dah berdondang sayang. Lapar yer semua. Ajak dinner kat Medan Selera sebelah Pasar Filipina. Geram nengok seafood dia. Semuanya segar bugar. Yang tak segarnyer yang dalam poket ni. Hahahaha.






Friday, November 29, 2019

Here We Come Kundasang - Day 2 Desa Dairy Farm dan Luanti Fish Spa Ranau

20.12.2019
Location : Crystal Hill, Kundasang.

Malas rasa nak bangun. Sejuk sampai ke tulang cuacanya. Sambung tidur sedap ni. Hahahaha...Bangun !!!! Marah lak my laling. Penat dia susun perancangan nak bawa anak-anak dengan bini berjalan.

Bersiap cepat. Tidak le cepat sangat. Al-maklumlah ramai nak kena urus. Bersarapan di Pekan Kundasang. Isi perut dulu. Lepas tu baru best berjalan.

View dari balkoni hotel. Seronok tengok. Cuaca bagus betul. Saja je tayang Gunung Kinabalu. Takdelah berputih mata datang kundasang tak nampak trademark Negeri Sabah..

Destinasi pagi ini adalah Desa Dairy Farm. Pergi lagi sekali. Hahaha..pergi banyak kali pun takpa. Cantik view kat sana. Kali ini nak rembat buah tangan dari sana. Nak bawa balik bagi pada keluarga. Ada le juga cenderahati dari Kundasang buat mereka. Selain tu, mesti takkan tinggal punya sesi bergambar. Rugi beli telefon berkamera kalau tak penuh memori telefon dengan gambar. Tak gitu. Hahaha...aku ni kan ke berangan-angan nak jadi fotografer. Ewah....tak salah berangan kan. jadi fotografer untuk keluarga pun jadilah.

Sebelum berjalan-jalan, kita gedegit-gedegit kat hotel dulu.

Suka nau tengok view belakang tu. Yang jadi mangsa pastilah anak-anak. Hah...pi cepat posing. Umi nak tangkap gambar ni.





Settle beli apa yang patut di Desa Dairy Farm, balik ke hotel. Check out terus. My laling ajak ke destinasi seterusnya. Nak tahu ke mana tujuan kami. Teng..tereng....tereng......

Tadaaaaaaa........
 
LUANTI FISH SPA RANAU di Kampung Luanti Baru, Ranau Sabah.

Time ni ler nak merasa rendam kaki untuk digigit oleh ikan-ikan yang bermaustatin dalam sungai tu. Ianya ibarat seperti spa kaki dan membuang sel-sel kulit mati. Kenyang le ikan-ikan tu. Punyalah ramai pengunjung yang datang.

Harga :

RM 5 untuk dewasa rendam kaki
RM 2 untuk kanak-kanak rendam kaki

Harga ni untuk 15 minit sahaja tau. Abis je masa engkauorang kena keluar. Bagi can kat orang lain pula nak bercengkerama dengan ikan. Kalau ada hajat nak berlama-lama bermanja dengan si ikan-ikan silalah beli tiket tu banyak sikit. Hahahaha...

Tetiba pula teringin nak mandi. Boleh ajeee tapi kena bayar lain la. Mm..cuma hari tu aku tak nampak pun ada pengunjung yang mandi. Semuanya pi sua kaki aje.


Menjerit geli plus takut. Namun muka ada bahagia.

Dalam perjalanan balik ke Kundasang, terperasan pula signboard tepi jalan. Macam menarik ajer. Ajommm....Singgah Kampung Arnab kejap. Anak-anak seronok main arnab. Siap peluk erat-erat. Uuiittt hangpa ingat tu anak patung ka apa? Aku udah sakit pinggang mendukung si bambam Ammar. Adoyaiiii...nampak nau dah tua. Bergilir dengan my laling la. Dia penat aku pula take over. Udah le si bambam tu tak reti duduk diam. Rasa menyesal pula tak bawa stroller. Bukan rasa aje-aje, tapi menyesal ya amat. Huhuhu...sejarah tak boleh diulang semula. Hadap jer la labu.

    Sesudah puas bermain dengan arnab-arnab yang comel, kami bertolak balik ke Kundasang. Singgah pasar malam Kundasang. Mujur tak rambang mata. Bukan tak tau, nafsu membeli tu kuat sangat. Hahaha. Mujur my laling ikut, kalau tidak tak tahulah berapa plastik yang aku akan jinjit. Beli makanan untuk alas perut. Rancangan lepas tu akan bertolak terus ke Kota Kinabalu. Malam ni nak merasa tidur kat pekan pula.

    Lagi sekali aktiviti menyinggah. Singgah sekejap ke Kinabalu Park. Iyelah tempat my laling datang bila dia nak panjat Gunung Kinabalu. Seronok dia bercerita tentang pengalaman dia memanjat Gunung Kinabalu kepada anak-anak. Amboi ada impian nak ajak aku naik puncak. Hahaha macam x dapek den nak realisasikan. Sekarang pun lutut dah longgar, ini 3 ke 4 tahun lagi sure dah nak tercabut skrunya. Agitchuuuuu...





    Lepas tu takde dah aktiviti menyinggah. Terus berdesup ke KK. Nak cari hotel untuk bermalam malam ni. Udah le tak tau hotel tu letak tang mana. Pusing-pusing mujur la jumpa. Bukan susah sangat pun. Orang check in petang, yang aku ni pi check in malam. Mujurlah aku dah booking awal-awal dalam online guna poin. Safe budget di situ. Kalau walk in mau kecewa bilik takde.


Inilah hotel yang kami akan tinggal untuk 3 hari 2 malam. Harga berpatutan. Ngam-ngam dengan poin yang aku ada. 

Selesa sangat. Siap ambil 2 bilik. Anak-anak  (Syifaa' + Nu'man + Damia) duduk bilik sebelah. Bagi depa rasa seronok bersuka-suki dalam bilik. Aku+Laling+Ammar+Amalin satu bilik. Uuii sedap bak hang landing ataih katil. Kena pulak badan letih berjalan-jalan sambil angkat berat. Hahaha...Ammar tu ibarat besi pemberat. Uuii rasa pinggang cukup menderita.

Ops lupa nak cerita. My laling ada task tambahan. Apalagi mendobi bajulah. Stok baju bersih dah kurang. Siap bawa beg pergi ke dobi. Kesian dia. Bie tido dulu naaaaa.



Here We Come Kundasang 2017 - Day 1 Desa Dairy Farm Kundasang

Sambungan posting sebelum ini...

Lepas puas bergambar di Hounon Ridge, kami bergerak ke pekan Kundasang. Kena check out dari Hounon Ridge dah. Malam ni tidur tempat lain pula. Hahaha...tak puas nak melepak di situ. Lain kali kalau ada rezeki lagi, pasti akan dapat jejak lagi kaki ke sini semula.

Destinasi seterusnya....kita ke DESA DAIRY FARM....tengok lembuuuuuu...Hahahaha...seronok wei. Rasa macam kat New Zealand. Lembu tompok hitam. 

Tardemark Pekan Kundasang. Hangpa semua pasti akan nampak ni kalau pi sana.


Hah tengok...lawa betul padang ragutnya. Kalau buat adegan berkejaran macam dalam filem hindi pasti best. Aku dengan my laling saling berkejaran. Hahaha imaginasi terlampau ni. Tum pas se ayeee...Yu muskurayeeee.....ish..udah-udah le tu


Masa ni dapat peluang tengok sesi perahan susu lembu. Rezeki kami.

Anak-anak tidak melepaskan peluang bagi anak lembu, anak kambing dan arnab makan. 







Melepak entah berapa jam di situ. Beransur ke Pekan Kundasang. Terus ke Masjid Asy-Syakirin Pekan Kundasang. Menunai kewajipan pada yang esa. Lepas tu terus ke Crystal Hill. Nak kena check in. Malam ini kita tidur di sana. Anak-anak excited nak masuk hotel. Selesai urusan daftar masuk, terus angkut beg masuk dalam bilik. Uuii pijak lantai pun sejuk maaa..Seronoknya. Itulah orang yang duduk kawasan laut, bila jumpa kawasan sejuk memang happy sesangat. Lumut kan ke panas. Ini dari pagi sampai malam cuaca sejuk ajeeee.

Lepak-lepak dalam bilik. Si Ammar membuas dalam bilik. Amalin dan Mia terlentang atas katil. Baru tahu penat. Kalau tidak jangan harap nak duduk diam. Along dan abang melepak di beranda luar. Tengok pemandangan pekan.

Lepas maghrib, kami turun ke Pekan Kundasang. Nak makan. Perut dah kelaparan. Restoran Hidayah Dan Katering menjadi pilihan. Kepak ayam panggang tak boleh tinggal. Memang sedap makan panas-panas dalam suasana cuaca yang sejuk. Mak aiii...heaven sangat.

Lepas makan tak meronda mana-mana dah. Pekan Kundasang bukannya bandar besar. Aktiviti malam kurang. Terus balik ke hotel. Berehat sebab esok nak jalan-jalan lagi.



















Thursday, November 28, 2019

Here We Come Kundasang 2017 - Day 1 Hounon Ridge

Tengok betapa rajinnya aku...tahun 2019 baru nak apdet kisah jalan-jalan makan angin dari 18 Dis 2017 hingga 22 Dis 2017. Hahaha...Nak kata busy, bolehlah juga. Lagipun macam-macam benda teman kena hadap. Dengan Ammar yang macam-macam cerita. Memang hari aku penuh dengan bermacam cerita.

Tahun 2017.....tadaaa percutian yang ditunggu-tunggu. Percutian sebelum Abang Nu'man melangkah masuk ke maahad baru. Bawa dia berjalan-jalan. Dah sambung pengajian nanti tentu susah nak cuti.
Bila cerita pada anak-anak, meloncat suka depa. Dengan aku pun nak melompat sekali. Kena turun ke rumah Mizu tumpang tidur. Pasai flight kami pagi. Kalau dari Manjung tentu jauh sangat. Kesian Si Laling nak memandu seorang diri kerana sudah tentu aku akan buat cerekarama dalam mimpi. Pantang letak kepala mesti ZZZZZ....

Sampai KL pun dah jam 3 pagi. Lalok dah masing-masing. Angkat anak-anak masuk rumah. Sudah le kena naik berapa tingkat baru nak sampai. Hahaha macam le nak mendaki tangga. Naik lif je la. Tak tunggu lama lepas tu memasing terkam tilam. Mengantuk tahap dewa. 

Jam 6 terjaga. Bangun solat. Siapkan anak-anak. Muka masing-masing toya keletihan. Takpe la anak-anak, karang dalam flight korang tidurlah. Mizu hantar ke KLIA 2. Sampai sana dalam 9.10 pagi.



Muka masing-masing dah tak toya. Sudah diganti dengan aura teruja. Mana taknya. Nampak je kapal terbang lalu dok wa....woo...senyum simpul depa. Umi tau dalam hati tu dok melonjak-lonjak suka. Hahaha...pasai umi pun rasa nak melompat-lompat suka. Ateee gile tak suka...nak pi jalan ni wooo. Naik belon lagi kata orang sabah. Punya lama melepak, my laling kata flight delay. Apakehal ni yeop...Flight kami sepatutnya dalam jam 7 lebih. Lepas tu delay ke jam 11. Dan lepas tu maklum delay lagi.  Jam 2 petang. Nak kena tunggu sampai jam 2 lebih plak. Berpeluh le ketiak aku camni. Hampeh nyor betul. Apsal le nak delay-delay ni.




Jam 2 lebih masuk ke bilik menunggu. Jam 3 lebih baru boarding. Fuh..dugaan betoi. Mujur le Ammar tak melasak. Kalau sekarang mau aku mengamuk dalam boarding room. Pasti Ammar buat Bang Bang Boom dalam tu.


Muka memasing x sabar nak naik kapal terbang. Bukan depa aje, umi pun tak sabar juga. Hahahaha




Sampai airport Kota Kinabalu dalam jam 4.45 petang. Nak jadi sejarah, Amalin buat stunt dalam tandas. Ini mabuk kapal terbang ke. Alahai anak.  My laling pergi ambil kereta sewa. Lepas dia datang balik, kami cepat-cepat solat. Jamakkan solat Zohor dan Asar. Alhamdullilah selesai sudah tanggungjawab pada Yg Esa.

Masukkan barang-barang ke dalam kereta. My laling sewa kereta ALZA. Kamikan ramai. Tu dia hari nampak mendung. Kerling jam. La baru jam 6 petang. Tapi suasana sudah macam 9 malam. Tengah ke hulu ke hilir cari kedai makan sempat lagi call family di kelantan dan SP bagitau kami dah selamat sampai ke KK.

Berpusing-pusing mencari kedai makan. Muka masing-masing sudah macam orang kelaparan. Makan di kedai Kak Su Tomyam. Sampai sahaja juadah semua pakat pulun makan. Alhamdullilah rezeki malam pertama di Kota Kinabalu. Bertolak dari Kota Kinabalu jam 9 malam. Tujuan ke Kundasang. Kena juga ke sana walaupun dah lewat. Sebab dah siap bayar homestay kat sana. Nak tak nak kena sampai ke sana. Kalau tidak burn le duit. Kalau kat semenanjung 9 malam tu ok lg. Kat sini rasa macam dah jam 11 malam. Sunyi sepi. Sudahlah jalan kiri kanan hutan. My Laling yang bawa kereta. Tengok kereta ke kiri ke kanan. Ini sah mengantuk. Muka pun toya. Mana taknya sehari suntuk perjalanan. Si Amalin ni buat gempak lagi. Dalam sunyi-sunyi itu terkeluar pulak 'Umi, hantu tu' dari mulut Amalin, Ish minah ni buat gempak malam-malam yang indah ni. Sudah ler pandang kiri kanan hutan. Gelap aje. My laling dah lain muka. Mau tak cerin. Budak mana tau bohong. 'Ala xde apa tu. Pedulikan' Eceh baik punya ayat yang keluar dari mulut aku. Penyedap hati je tu. Kah..kah...umi purak-purak berani. Dalam hati macam nak lari dah.

Desak my laling tukar shift. Biaq aku pula bawa kereta. Dia dah tak larat tahan mengantuk. Kesian...Meh aku bawa pula. Macam le terrer sangat bawa kereta..He..he...see the leg laa..Berlagakkan umi. Ku tabahkan hati meredah kegelapan ini. Ewah ayat tak boleh blah. Ikut aje arahan Garmin. Suruh masuk simpang. Aku pun masuklah. Tu dia baq hang. Memang minta nyawa. Punyalah tragis aku rasa masa ini. Aku berhentikan kereta. Logik tak kalau aku teruskan. Pemandangan kat depan memang mencabar tahap keberanian aku. Gelap gelita je aku nampak. My laling bangun. Oklah biar dia bawa. Aku terus ke co-pilot punya tempat. Perghhh jalan. Sungguh mencabar wei. Habislah kereta orang ni. Sungguh tak tahan menadah telinga tiap kali permukaan tak rata bergesel dengan bahagian bawah kereta. Terbit kesian pada tuan punya kereta. Perjalanan perlu diteruskan juga. Nak patah balik ke jalan besar macam tidak patut rasanya. Sudahlah masa makin lewat. Nak menginjak ke pagi. Jalan makin mencabar. Betul-betul pengembaraan kali ini. Taubat lahon takkan buat lain kali.

Akhirnya dalam jam 11.15 malam selamat juga kami sampai ke Hounon Ridge. Tempat pertama kami akan bermalam. Angkut beg ke dalam bilik di tingkat 2. Dapat bilik no.8, bilik Standard Quad.  Dapat 2 queen bed. Extra single bed 2. Siapkan anak-anak untuk beradu. Langsaikan hutang solat. Jemaah solat jamak dan qasar. Dekat jam 1 pagi barulah dapat merebahkan diri. Lepastu tak sedar dah bila ZZZZZZZZZ....Letih beb.


X sabar nak tengok dengan mata sendiri. Sampai malam memang tak dapat tengok apa-apa pun. Yang nampak hanya gelap gelita. Pic ni ambil dari google images.


19.12.2019*****Sedar dari tidur lepas my laling kejutkan, Tengok jam dah 6 pagi. Lepas solat Subuh, sambung tugas mengejutkan anak-anak, Mahu liat nak bangun. Cuaca sekeliling sejuk. Kalau ikut hati ni mahu nak sambung tidur tapi mengenangkan nak tengok view gunung so kuburkan saja hasrat tu. Hahaha...Setelah siap semua....kecuali Amalin dan Ammar (baru bangun tidur), terus turun ke cafe Hounon Ridge untuk bersarapan. Lepas sarapan barulah bermula misi bergambar.

Hah view ni tangkap sendiri ye. Bukan amik dari google. 

Seronok tengok muka anak-anak yang tersenyum suka. Berjalan tempat orang. Banyak pengetahuan baru akan kita jumpa.

Bukan selalu dapat posing macam ni. Tambah tempat nak cantik macam ni. Rasa macam kat obersea la..


Sebenarnya gunung ada kat belakang tu, tapi terlindung dek awan. Gunung malu sat. Kejap lagi dia muncul la...




Hah kan dah nampak gunung tu. Alhamdullilah dapat juga bergambar berlatarbelakangkan gunung Kinabalu.


Satu family berkumpul. Masa yang akan dikenang selamanya.

Eceh..nak berkepit juga. Hahaha bukan selalu pun.

Budak yang tak reti diam. Suka hati saja masuk celah kerusi.


Aksi lompatan berapi oleh Abi dan anak-anak.