Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, December 5, 2018

Aidilfitri 2018

Tahun ni beraya di Sungai Petani. My laling kena kerja pagi raya. So dia lepaskan kami balik beraya di SP. 

Along bertugas menjaga Si Ammar. Umi kena bawa kereta. Mujur kereta tak banyak sangat. Tak le teruk nak mengadap jem. Alhamdullilah. Kalau jem mau aku teriak. Mesti ada yang mengamuk mengalahkan incredible Hulk dalam kereta. Benda macam nilah aku nak elak. Mau tension bawa kereta.

Pagi raya selepas beraya antara keluarga, ayah bagitau nak pi rumah saudara kat Alor Setar. Ikutkan je la hasratnya. Lagipun ayah bukannya sihat sangat kebelakangan ni. Risau pula kalau tut..tut...So turutkan hajat dia tu. Bertolak dengan 2 biji kereta. Satu mana muat. Badan masing-masing sado-sado. Hahaha...Itu tandanya kena amik langkah-langkah menslimkan mana yg patut dislimkan. 

Selpie di pagi raya. Seronok Ammar bergaya dengan mamanya.

Standby nak pi beraya. Gaya masing-masing memang tak boleh lawan.

Aksi mak sedara dan pak sedara dengan anak-anak sedara kat bendang. Kang kalau jatuh bendang hangpa semua balik jalan kaki naaaa.



Amboi anak dara ni. Pose tak henggat.


On de way balik ke SP singgah pekan Alor Setar. 



Ni jamuan di sekolah Amalin. Sedap Amalin makan lontong.

Jamuan raya kat opis. Macam-macam citer yang ada. Jadi ler amik berapa keping ni je. Kang banyak-banyak jenuh nak tengok pula.

Aidilfitri 2016

Hehehe..dah berkurun baru aku nak upload gambar raya 2016. Nak citer panjang rasanya tak payah kot...xde benda nak celoteh panjang-panjang. So kita layan gambar je la.

Time ni baby Ammar dah ada dlm perut. Seronok cuma letih sikit. Tapi aku kan Umi superwoman so bedal je la buat kerja macam perwira. Hahahaha.

Beraya di Sungai Petani dulu. 


Raya ke 2 baru bertolak ke Kelantan. Kita raya rumah Mak Tok pula.

Santai dengan sepupu-sepupu.

Ini yang tak aci. Umi kena tinggal kat rumah. Ooo seronok depa pi berendam dengan abi ye. 

Tunai hajat MIL

Mother in law dan Sister in law turun ke Manjung. Tak sabar Mak Tok nak jumpa cucu-cucunya. Lama dah tak balik kampung. Iyelah masing-masing dah masuk asrama. Macam manalah maktok tak rindu.

Apalagi umi dan maksu La pun berperang le kat dapur sediakan juadah nak berkelah dengan Along dan Abang. Puas hati dapat tengok anak-anak seronok makan. Berbaloi rasa bersilat kat dapur. Mak Tok pun nampaknya gembira jumpa dengan cucu-cucunya.



Tuesday, December 4, 2018

Serikandi Harapan

Assalamuailaikum......

Lama betul umi tak apdet blog. Nampak macam busy sesangat. Hahaha...Maaf ye...masa tidak mengizinkan umi menjengah blog. Ada aje hal yang timbul. Iniku gagah juga. Kesian blog habis bersawang.

Apa ye kita nak gebang hari ini. Hah...hari ini kita cerita pasal Mia. Seronok sangat dia dapat masuk kelas memanah. Punyalah beria-ria. Salah satu sebab abi masukkan Mia ke kelas memanah adalah untuk latih dia fokus pada sesuatu. Bukankah kelas memanah ni bagus. Boleh membentuk emosi yang positif, boleh bina konsentrasi, mengajar sifat sabar dan melatih disiplin. Selain itu dapat juga mengatasi sebarang rasa ketakutan dan mewujudkan keyakinan diri. Ewah ayat umi. Hahahah...ciplak ayat dari pakcik google. Apa-apa pun tahniah anak umi. Moga Mia terus berjaya dalam apa saja yang Mia ceburi.
Target betul-betul. Memang ada gaya serikandi. Cayalah !!!


Amboi siap mengajar orang. Bagus-bagus !!!