Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, January 18, 2012

Adoyai.....


Salam semua kesayanganku di muka bumi Allah ini. Nak kongsi ni...Aku skang dan mulakan bisnes kecil-kecilan bersama adik aku Si Liza tu. Bisnes buat cupcake dan tempahan kek. Alhamdullilah Allah kurniakan rahmatnya. Allah permudahkan segala urusan. Betapa aku bersyukur ke hadrat-Nya kerana keinginan menolong keluarga diberkatinya. 2 ke 3 hari ini tidur pun tak cukup. Sibuk menyiapkan tempahan, maklumlah aku dengan adik aku baru nak bertatih berniaga. Nak tolong siang hari tak boleh pasal aku bekerja. So sebagai ganti malam hari lah aku tolong. Itupun sesudah my beloved semua dah tidur. Tu yang sampai jam 3 pagi sibuk decorate kek lagi. Semoga apa yang aku usahakan ini akan membuahkan hasil dan dapat menjadi hala tuju untuk memajukan diri buat adik aku. Kita usaha sama-sama yer......Chaiyok....Chaiyok........

Sunday, January 8, 2012

Ala cayang-cayang

Disember 2011, suka aku bulan ni kerana bulan ni aku berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku masa time sekolah dulu. Maknanya my bestfriends. Punyalah lama tak berjumpa. Start habis SPM ari tu ( Aku SPM tahun 1996 ) dalam bulan 7 1997, telah terjadi perpisahan dengan geng aku yang nakal tapi baik. Hahahaha ye la sangat tu.
       Disamping berjalan cuti-cuti Malaysia ke Penang awal bulan hari tu, sempat berjumpa dengan my prenz...Puan Siti Nur Akhmal Fassya Binti Ahmad. Amboi siap aku taip nama penuh dia. Ini ler geng jahat bebenor dulu. Skang dah kurang sikit jahatnya pasai dah jadi mak orang. Perjumpaan yang singkat memandangkan dah lewat. Temujanji depan kedai makan mamak depan hotel. Akhmal baru balik dari kerja. Terima kasih kawan kerana sanggup datang jumpa aku. Nak lepaskan rindu katanya. Maklumlah dah lama tak bersua. Pukul 12 maknya tepon tanya pasal apa lewat sangat. Anak kecik dia dah meragam. Kesian kat dia. So terpaksa lafazkan ucapan perpisahan kembali kerana esok aku dah nak balik ke Manjung dah. Cuti dah habis. InsyaAllah ada rezeki kita akan jumpa lagi.
           Tengah kerja tiba-tiba dapat panggilan telefon dari Norini. Bagitau dia ada kat Lumut ni. Apalagi nak jumpalah wei. Bukannya senang nak bersua muka ni. Maklumlah dia nun dok kat Pendang. Aku ni mana pernah lagi jejak kaki ke sana. Tak sempat lagi nak berjalan ke sana. Sibuk hal anak-anak tambah pula jadual kerja yang takkan sama. Biasalah aku ni kerja gomen, yang my hubby pula kerja swasta. So payah ler nak sama cuti. Tambah lagi hubby aku tu keje shif. Tu belum lagi nak kira cuti yang perlu diperuntukan untuk menjenguk keluarga di Kedah dan di Kelantan. Yang 2 ni memang wajib dibuat. Cuti sekolah pun kena juga prepare spent cuti untukbawa anak-anak berjalan. Nak spent masa dengan mereka. Maklumlah kami dua bekerja so malam saja dapat anak-anak merasa kasih sayang. Berbalik cerita Norini tadi, buat janji jumpa di Giant Manjung. Aku bawa Syifaa' dan Nu'man pasal Hubby pesan suruh bawa balik lepas mengaji rumah pengasuh ( anak-anak aku panggil nenek dengan opah ). Bersembang lebih kurang. Agak-agak kekok sikit pasal lama sangat tak jumpa. Eceh kalu ader lagu Sheila Amin masa ni, memang kena ler keadaannya. Melayan anak-anak lagi. Tunjukkan rumah pada Ani. Mana tahu kalau datang lagi sekali boleh cari rumah aku. Anyway suka sangat. Tercapai impian nak jumpa geng-geng lama. Cuma ada lagi yang belum dapat jumpa. Emelia, Jihan dan geng-geng SMTP dulu. Bilalah nak buat reunion. Siapa ler yang nak conduct.? Hehehe banyak songeh plak aku ni yaa.....


Tak lepas peluang posing berdua. Bukan nak senang jumpa macam ni. Maklumlah seorang Penang, sorang lagi Manjung, Perak nun.

Saat-saat indah makan supper sup daging kedai mamak. Semua askar-askar pun  turut sama menemankan Umi mereka berjumpa dengan makcik mereka. Selesai makan Syifaa' dan Nu'man follow Abi mereka balik bilik. Tinggal Damia yang menemankan aku.

Ni lagi sorang my bestfriend, Puan Norini Binti Ghazali. Menetap nun di Pendang. Tersesat dia mai lumut. Ajak jumpa kat KFC Giant. Kebetulan dia menemankan biras dia mai nak beli barang. Ni pun aku heret anak-anak aku (  kecuali Damia. Si kecik tu duduk rumah pengasuh ). Rasa aku tarikh dia datang tu 19.12.2011. Time tu pula hari bekerja. Tak bolehlah jumpa si kecik tu. Aku belanja KFC jer la. Nak masak tak sempat.


Taraa....ni jiran depan rumah merangkap kawan rapat. Ni kira macam rancangan Jejak Kasih lah pula.

Semoga kita akan berjumpa lagi. InsyaAllah.

Wednesday, January 4, 2012

JJCM Cameron Highland

             Seperti yang dirancang tanggal 27.12.2011 hingga 29.12.2011 kami telah bertandang ke Cameron Highland makan angin. Kira family trip bercutilah ni. Yang turut join this trip ialah Abang Jo & family, Mie sefamily dan Chik sekeluarga. Ramainya. Hahahaha aku suka..aku suka. Riuh apartment dibuatnya. Bukannya selalu dapat berkumpul ramai-ramai camni. Mujur apartment tu serba lengkap. So apalagi memasak sendirilah. Jimat skit duit belanja. Tahu sajalah kalau makan kat kedai, ambil ni sikit ambil tu sikit ting tong ting tong dah berapa ringgit... mau rabak poket masing-masing. Bukannya sorang dua ooo... Ini punya ramai rakyat, dalam 23 orang tu... datuk mana mau belanja ni. So keluarlah titah perintah masak sendiri untuk selamatkan poket masing-masing dari rabak teruk hehehehe... After check in apartment, perut masing2 sudah berdondang sayang. Maunya tak lapar dah pukul 3 lebih. Air liur pun udah meleleh kelaparan. Aku, hubby, Abg Jo dan Kak Ngah volunteer pegi kedai. Siap shopping barang dapur kat sana. Punyalah sosak dalam kedai tu. Ramai juga orang mencari barang dapur. Agak-agaknya depa pun sama mai bercuti di sini. Menu makan tengahari merangkap makan petang : Gulai kurma ayam, goreng udang n ikan masin. Sedap makan ramai-ramai. Walaupun simple je menu tapi habis nasi dalam periuk kena kikis. Ini kelaparan melampau ni. Hahaha...Ayam seekor pun rasa macam tak cukup. Yang lomahnya time nak main air mula masak n lepas masak. Rasa macam rendam tangan dalam air batu. Grrrrrr.... sejuk. Cuaca pula berembun jer selalu. Semangat ooo.. nak masak pasal tingkap dapur mengadap view bukit di belakang apartment. Sejuk mata memandang semangat nak menumis. Hahaha tu ler pasai kat rumah sendiri asyik mengadap view belakang rumah orang aje. Habis makan semuanya tergolek kekenyangan. Relaks dulu...
            Haaaa... Sedikit berkenaan apartment yang kami tinggal tu. Apartment tu namanya "Crown Imperial Court" just belakang Stesen Minyak Petronas Brinchang...  apa2 kena tanya my hubby sebab dia yang uruskan semuanya, kira cam dia sponsor le hehehehe... thanks to my hubby, luv U. Location pun memang sengaja pilih kat kawasan Brinchang sebab senang nak gi pasar malam. Mahu taknya jalan kaki je gi pasar malam. Apartment ni owner nya melayu dan ada 3 bilik tidur 2 bilik air. Kelengkapan semua ada, siap ada extra blanket & toto lagi so kalau datang ramai cam kami ni tak payah bawa toto dari rumah lah... dapur pun tip top, semua ada... rice cooker, periuk, kuali.... blender pun ada tau, nak masak tu takde masalah lah. Next time boleh duk kat apartment tu lagi... bestttt...
            Malam tinggalkan budak-budak dengan mak. Aku, hubby n kak Ngah ke pasar malam Brinchang. Saja nak berjalan-jalan cuci mata. Punya seronok berjalan. Maklumlah tak payah kelek si kecik. Kalau idak mahu patah pinggang aku ni nak dukung dia. Tu pun belum lagi dia nak jalan sendiri. Mau jenuh kena kawal langkah dia yang main ikut suka saja berjalan. Mujur tak bawa si kecik. Sejuk ni. Risau gak kang kalu kena selesema ni. Maklumlah sini tanah tinggi cuaca sejuk kalau nak dibandingkan dengan cuaca di manjung nun. Fuh banyak betul bezanya. Berkilometer bezanya. Balik tu Kak Ngah terbuat aksi lawak. Sampai tercungap-cungap penat. Punyalah galak aku ketawakan dia. Sakit urat perut aku. Ish..ish...itu tandanya aku dan adik aku tu kurang bersenam. Hahaha.......Balik apartment bersembang dengan mak sambil tolong kupas ikan bilis. Tu dia mak buka cerita misteri nusantara. Elok betul ceritanya, tempat keras tu betul-betul tempat aku dengan Kak Ngah bantai ketawa terbahak-bahak tadi. Mujur pasai tu yang gitu-gitu tak kacau. Kut-kut benda tu ingat kami ni geng dia barangkali. Ketawa tak henggat dunia. Naik cerin bulu roma aku. Kak Ngah usya aku, aku usya dia balik. Main aci usya mengusya plak. Ok tutup cerita alam misteri tadi....Sedap tidur sejuk-sejuk  ni.......

Konvoi ke Cameron Highland. Tengok kat side mirror tu. Ada nampak kereta yang kenal ker....Hahaha hanya aku jek yang kenal.

Hero-hero keluarga. Merenung jauh ke hadapan. Mencari sesuatu.


Nampak tak ? Teruknya tebing runtuh. Ini akibatnya penerokaan tanah. Hahaha macam cikgu pelajaran alam sekitar pula aku.

Suka sangat. Comel pokok ni. Nasib baik kereta penuh. Kalau tidak lama dah aku angkut.


Lawa siot. Esotik gitu.


Pilih...pilih...mau naik rambang tengok barang comel2...



Wajah insan-insan yang teramatku sayang. Akak takkan lupakan jasa mak dan ayah kerana membesarkan akak. Love u forever !!!!

Syaza with mom.....Bapa dia dok kejar si abang-abang. Hahahaha...

Taraa.......Pakcik Wan dengan anak-anak buahnya.

Amboi busy je gayanya. Perbincangan apa ni ? Agak-agak decide pas ni nak g mana kut ?

Yahoooo...bestnya sejuk........

Foto family. Ni tak cukup korum lagi ni. My hubby tak sampai-sampai lagi...Mana dia ni ?

Berkenan jek aku tengok...Benda cantik siapa yang tak suka tengok kan.


Lawa-lawa sokmo...Per lagi kalu berminat sila hadirkan diri anda di sini yer....

Tomei-tomei belaka.

View dari balkoni apartment yang disewa. Memang tertarik kau memang debom.....

Insan-insan yang kesejukan.....

Pose manja dari Damia....Luv u !!

Ni kalu tangkap orang ni sahih orang jahat melutut nak ikut balik pasal terpikat dengan senyuman tomei dia ni. Gaya ganas berpistol tapi gaya manja tu yang buat Umi tak tahan ni. Geram sangat.


             Lepas jer Subuh, terus tolong mak buat breakfast n masak untuk tengahari sekali. Karang nak berjalan. So senang sikit. Balik makanan dah siap masak. Takder la kelam-kabut nak masak lagi. Breakfast : Nasi goreng dan bihun goreng. Makan tengahari : Sambal tumis ikan bilis campur ubi dan sardin. Lagipun Chik nak mai join. Siap pesan suruh bawa rendang ayam. Sudah bertambah satu lagi lauk. Hahaha teringat acara pujuk-memujuk Pn Fatimah dengan Enche Nuresam. Pujuk supaya mai join kami berkelah di Cameron Highland. Punyalah pujuk last-last malam baru setuju nak mai. Fuyoooo lagi best.....Destinasi pertama ke tempat teh, Bharat rasanya. Minum air teh masala...hehehe bagi ayah minum sorang jek. Aku langsung tak sentuh. Nama pun dah pelik sure rasa pun pelik juga kan. Beli souvenir untuk mak dan ayah. Cawan + teh dan teh hijau. Pastu jalan ke Big Red Strawberry. Mundar-mandir tengok salad dan strawberry. Jenuh aku dengan hubby mengepung Damia yang lincah nak takluk dunia tu. Pantang nampak benda makan, laju mulut bising "nak....nak....". Tu belum lagi acara mengepung si tak heran lagi. Syifaa' dengan nu'man pun nak kena monitor lagi. Amboi letih jek dengar yer. Tapi lagi letih yang nak kena kejar depa tu. Siapa lagi hubby aku ler.Hahahaha...aku dah tangkap tender jaga Damia. After passing tender pada hubby, baru ler aku boleh buat larian baton jaga 2 orang lagi jagoan kami tu. Check chik kat mana. Lepak tunggu kat Kar Liew Strawberry Farm. Sambil tu makan strawberry coklat. Penuh setia menanti laksana kat Seri Menanti, akhirnya muncul juga Chik sekeluarga. Hahahah rupa-rupanya salah information yang dia beri. Nasib baik tak sesat..

Gaya anak-anak yang ceria bermain. Punya seronok main belon. Tengok gaya Aniq yang semangat nak tangkap belon.

Posing dalam kedai teh di Bharat Teh. Tapaukan untuk mak cawan dengan teh.

Senyum...senyum....comel Cik Siah senyum. Cik Medan pula ralit tengok topi oren kat belakang tu.

Ayunya seorang gadis. Kepada sang teruna, silakan berbaris sekarang jika berminat. Hahahaha...jangan marah yer....

Amboi mak. Besar sangat tu. Tak muat kereta nak angkut balik. Hahahaha

View ladang teh...Best sungguh. Kena pulak tengah melepak tu angin sepoi-sepoi bahasa mai sapa. Adush....mau ngantuk dibuatnya.
Me with my mom...

3 orang jek yang pandang kamera. Yang lain pandang arah lain. Aper ni ??

Piung.....jaga-jaga Hazwan. Anda akan ditembak oleh Cik Kak Rosliza kita ni.


Damia buat apa tu. Usik Syaza yer ?

Peace yooo....

Ala tomei-tomei.....manja gaya anak-anak Umi ni.

Abi yang serius merasai teh masala....Sedap ker Abi ? Lain macam saja kerut dahi tu. Hahaha

Anggur takde biji ni...Sedap manis. Kalau nak tanam di kawasan panas, teman tahu mana nak cari benihnya. Dulu teman pernah beli tapi mati kena mesin rumput. Selamat RM 40 teman.

Segar salad. Terliur kalu ader sambal belacan sekali. Sedap buat ulam ni. Nyum...Nyum.....

Hehehehe abang de strawberry boy.....

My permata hati....Nakal-nakal pun Umi dengan Abi tetap sayang.

Si kecik yang lincah. Main ikut suka dia je redah apa-apa pun.

Gaya manja dua beradik. Ngancam gitu.

Sibuk menyediakan masakan tambahan. Udah import seorang lagi tukang masak dari kuale. Hahaha riuh setanah tinggi ni. Mak dok sedap siang pucuk labu. Tak sabar nak melahap ni.

Amboi sedapnya durian. Kaler isi yang buat tak tahan tu. Menggoda jiwa.

Abi dan Abang with sleeping bag....Kesian. Umi dengan Mia kongker katil besar. Along tidur katil single. So terpaksa ler Abang dengan Abi tidur bawah.

Saat-saat nak tidur. Bersusun toto.

Ibu dan anak yang suka bergambar. Dah nak tidur pun sempat lagi posing manja.

              Abang balik petang ni juga. Besok dia dah kerja. Tak dapat nak sambung melepak dengan kitorang. Doakan selamat sampai dan jangan lupa maklumkan bila dah sampai rumah. Nanti ada pula yang ternanti-nanti berita. Mak with the geng pergi meronda pekan Brinchang petang tu. Aku pula terlena dengan Damia. Tak dapat menjongket sama. Eceh terlepas peluang. Takper pasal malam tu aku keluar dengan Hubby bawa Syifaa' dan Nu'man shopping sayur untuk dibawa pulang. Dah tersedia list untuk diberi pada jiran dan pengasuh2. Rembat juga beli bunga. Tak tahan digoda beb.
               Bangun awal prepare sarapan. Today 29.12.2011 (Khamis) dah nak balik dah. Lepas sarapan bersihkan mana yang tertinggal kat dapur tu. Sesi mengangkut barang ke kereta. Selesaikan satu barang pun tak tinggal, barulah kunci apartment tu senang hati. Bertolak balik. Sempat singgah tepi jalan beli rebung dengan orang asli. Chik ajak singgah mandi air panas. Nu'man buat lawa jatuh dalam kolam. Dari tak bagi mandi kena bagi mandi. Eceh Along pun terikut sama. Tak kasi can Along mandi. Kena tukar baju dan seluar. Singgah di Batu Gajah pekena makanan ringan lapik perut. Sampai rumah terkam masak pasai Chik nak kena balik kuala juga malam ni. Bagi makan dulu. Takyahlah depa nak berenti tengah jalan cari makan. Apa-apa pun percutian kali ni memang best. Takkan aku lupakan kenangannya. Nanti boleh buat lagi. Acara tahunan percutian keluarga. Tak gitu semua ahli keluargaku. Cayalah......sayang korang semua..MUah...mUaH....MuAh..........


Bergambar di depan apartment Crown Imperial Court. Muka-muka bersemangat menjelajah Pekan Brinchang. Waaa....muka aku takder pasal aku tengah sesedap rasa buat taik mata kat bilik. Eceh rugi-rugi.

Kak Ngah dengan anak daranya.

Anak-anak Umi : Syifaa' dan Nu'man. Macam model lolipop plak Umi tengok.

Ewah macam dalam program wawancara pula. Wartawan Rosliza sedang membincangkan topik-topik terkini bersama dengan Datuk Hamdan. Hahahaha..

Pose dari bapa-bapa saudara dengan anak-anak saudara. Awat Mia dok kerut kening tu...Macam-macamlah aksi anak aku yang kecik ni. Yang Abang pula tu macam tengah tahan sejuk jek. Udah tu. Masuk dalam. Angin luar memang ler sejuk.

Aik sempat lagi anak dara ni posing dengan bunga yer....

Sampai ke Triangkap. Nak memborong saat akhir. Mia tidur. Kesian dia kena dukung.

Gaya mak dan anak yang dah jadi mak ni mendaki bukit. Hahahaha semput aku !

Tidak melepas peluang bergambar dengan ibu tersayang.

Semua dengan gaya masing-masing.

Aksi Syifaa' dengan mak saudara, Qaseh. Besar anak sedara dari mak sedara.

Kesian Mia. Tak sedar langsung kena dukung dengan Umi. Nampak sangat mengantuknya.

Smile.......

Tengok tu memborong sakan. Mujur tak satu pasar tu tak borong. Kalau tidak kena sewa lori kontena ler jawabnya.

Geram...geram......cantik !

Ini yang mencabar jiwa perempuan ni. Waaaa lawanya.....


Pemandangan hotel Equitorial kat belakang pasar ni.

Tak nyempat-nyempat nak main belon yang baru beli. 3 sepuluh.....3 sepuluh. Ai macam aku plak yang tengah meniaga.

Abi beli untuk si kecik. Punyalah besar. Tak sesuai untuk yang kecik ni. Biar Umi jek yang main. Wakakakak...