Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, November 8, 2015

Hasil kreatif Mia

Tengah-tengah sibuk mengajar Nu'man dan Syifaa', iba-tiba Mia dok bising panggil-panggil. Laa ingatkan apa la. Rupa-rupanya nak tunjukkan lukisan yang dia lukis kat white board. Tersengih lebar aku bila dia bagi keterangan. Ni gambar siapa tu gambar siapa. Memang salute aku pada Mia yg baru 5 tahun. Imaginasi tinggi ni. Bagi pujian pada dia. Apalagi sengih lebar le minah tu. Aku tarik telefon dan snap gambar ni buat kenangan. Pasai tu gatal tangan nak masukkan dalam blog ni. Nanti dia boleh tengok balik lukisan ni. Cukup satu keluarga dia lukis. Hehehe siap tunjuk lukisan aku tengah dukung Amalin. CAYALAH MY MIA.....PROUD OF YOU !!!!!

Birthday 1st years Amalin

Sudah  1 tahun anak umi. Rasa macam baru jer bersalinkan dia. Ops..hehehe lupa. Bila tengok diri dah makin sihat ni baru sedar. Hahahaha..Kan ke kebiasaan aku ni bila anak dah 5 bln ke atas, aku pun akan ikut membesar seperti anak-anak. Tu yang tak dapat dihalang. Kali ni umi beli je kek. X sempat nak buat. Itu pun buat keputusan mengejut nak celebrate. Kalau diikutkan abi tak mau celebrate pasai kecik lagi. Tapi umi dan krew-krew yang lain nak sangat sambut. So express le jadinya. 



Birthday Nu'man ke 9

Tu dia....cepat betul masa berlalu. Anak aku dah 9 tahun. Macam tak percaya je. Dok usung ke hulu ke hilir kecik-kecik skang dah besar. Kali ni aku buat kek sendiri. Si hero ni nak kek coklat so aku pun buat ler kek coklat kukus. Siap buat coklat ganache. Hahahaha ni korek resepi dari adik aku. Sorry chef zaza. 


Santai Di Marina Wing

Bertukar angin pula. bawa anak-anak melepak ke Marina Wing petang-petang minggu ni. Seronok sangat le budak-budak. Si abang dan kakak seronok nak main roller blade. Si adik pula mesti terkinja-kinja nak main giant bubble. Apa pun umi dan abi layankan ajer. Seronok tengok gelagat anak-anak.

Hehehe...jangan le suruh umi main roller blade. Mau gempa bumi bila umi jatuh. Wakakakak..tak sanggup teman nak tutup muka ni malu kalau jatuh. Uishhh...



Jelajah Masjid - Masjid Batu Gajah

Berkesempatan bersembahyang di Masjid Batu Gajah. Fuyoo....memang kedababom masjidnya. Luar biasa-biasa je tapi dalam memang canteq hiasannya. Siap ada escalator lagi. Memang selesa sangat.

Gedegit-gedegit gambar dalam ni. Dok melayan karenah anak-anak.




Lepak santai di kedai buku

Assalamuailaikum semua...yuhuuuu aku kembali lagi. Hahahaha....Ligat tangan mengoyak sawang-sawang yang menghiasi blog ini. Lama betul aku tak menjengah blog ni...Atee...kekangan tugas mengehadkan masa aku untuk menulis. Nak detail tu nak detail ni. Kena hantar tu, kena hantar laporan ni..dan bermacam-macam kena lagi...Uuiittt terberleter pulak pepetang yang mendung ini. Sekarang dah start musim hujan. Apalagi aku kena standby le takut kawasan yang aku jaga banjir. Buat masa ni keadaan masih boleh dikawal. Semua tok sidang2 kawasan di arah berjaga-jaga dan terus lapor kat aku kalau keadaan tak terkawal. Amboi mereport tugas pula...Saja nak bagitau. Kalau nak baca boleh skip...Eceh macam le boleh skip. 

Bila ada masa lapang waktu cuti, my laling suka sangat ajak aku n anak2 berjalan-jalan dekat-dekat sini je. Tempat paling digemari adalah Aeon. Takde tempat lain yang nak lepak. Mesti nak lepak dalam kedai buku. Dari yang besar hingga yang kecik suka melayan buku. Alhamdullilah, satu aktiviti yang berfaedah. Bagus..bagus...yang x bagusnya mesti le rabak duit aku bila mata dan hati tak boleh dikontrol bila dapat pegang dan belek buku. Maunya tak rembat 2 ke 3 buku..Huhuhuhu...



Tuesday, July 7, 2015

Jelajah Masjid - Masjid Cina Tasek Ipoh

My Laling bawa kami jalan-jalan jelajah masjid. Best juga. Kan memang bagus kita mendekati pusat ilmu. Godek-godek pakcik google cari info tentang masjid cina di Tasek.
Masjid Muhammadiah yang terletak di Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak dibina dengan konsep seni bina Cina. Ia dikenali sebagai Masjid Cina dalam kalangan penduduk tempatan di samping menjadi satu lagi mercu tanda baharu kawasan berkenaan.
Masjid yang mengambil nama sempena masjid lamanya, berasal daripada Madrasah Muhammadiah yang didirikan oleh Allahyarham Abdul Latif Mohd. Kassim bersama tujuh rakannya pada tahun 1973.
Kami dari Kuala Kangsar. Lepak di sana semalam. Dalam perjalanan balik my laling bagi cadangan paling bernas. Jom kenalkan dan dekatkan anak-anak kita dengan masjid. Aku pun suka juga dengan cadangan tu. Kami terus bergerak ke Tasek, Ipoh.
 Sampai je kat sana teruja tengok rekabentuk masjid. Terasa cam dok kat China je. Kebetulan azan Zohor dah berkumandang. Masuk ke dalam untuk mengerjakan solat Zohor.
Alolo my Amalin
Teruja nampak.

Bergambar di kawasan luar masjid. Cuaca redup masa ni. Maklumlah baru lepas hujan.




Friday, June 19, 2015

5 star for Mia !!!

Assalamuailaikum,

Yuhuuu anak umi dah 5 tahun. Seperti biasa mesti 2 kek. Tahun ni nak kek teddy bear tu. Satu lagi request mmg bagi umi tertiarap. Kek Frozen mmg tak boleh tinggal. Tahu ler nama tu ada ELSA. Ceh....ni yang buat umi geram. Hahaha nak marah lebih-lebih pun x boleh. Nama tu Umi yang pilih.

Nala punya pinkish teddy bear. Minah ni yang nak sangat warna pink. Umi ikutkan saja.


Ni plak kek tema FROZEN.....Nak nangis ni.....Umi tak merasa nak makan kek ni. Dah habis kat sekolah. 

Sambutan birthday untuk yang lahir bulan Mei. Macam-macam bentuk kek.

8 yrs My Nu'man


Nak kena ketuk ketampi ni...te net te net..hahaha macam scenes labu labi kena ketuk ketampi. Maafkan umi ekk....susah betul umi nak apdet. Maklumlah bukan selalu dapat lepak suka hati depan pc ni. Ada-ada saja kerja yang menunggu. 





Minat sangat dengan CARS....tu yang kek ada pis tu. Moga anak umi akan jadi khalifah yang berjuang menjadi muslim sejati.

Mia 4 Years.....Huhuhu Lambatnyer umi apdet..

Maaf...maaf....Hahahaha..pic tahun lepas 2014, tahun ni 2015 baru umi boleh apdet pic birthday Mia yang ke 4 tahun. Terukkan umi ni...tu ler pasai...Seronok anak dara tu. Dapat 2 biji kek dia.

Nak cake barbie doll. Pilih corak sendiri tu. Tempah dengan Cupcakes Lumut. Memang berbaloi. Senyuman yang bermain di bibir cilik tu menggembirakan hati umi. Sayang Mia sangat-sangat.

Amboi ceria sakan. Hahahaha....Juadah segera yang sempat umi sediakan. Makan anak beranak saja.

Satu lagi kek yang ditempah. Yang ni untuk Mia raikan dengan kawan-kawannya di Brainy Bunch. Huhuhu Umi tak rasa pun. Meleleh air liur ni, Terbaek Cupcakes Lumut

Wednesday, April 22, 2015

Holiday trip 2014 , Subang - Fraser Hill

Bestnyer.....dulu dengar My Laling dok cerita masa dia cycling naik Bukit Fraser. Skang nak jejak kaki sendiri ni. Kena pulak time musim hujan. Wakakak sure sejuk punya. Tu yang den suka tu. Yahoooooo...jom kita terjah.














Holiday trip 2014.....Manjung - Subang

Akhir tahun masa untuk berjalan-jalan dengan anak-anak. Hehehe termasuk umi yang tak sabar-sabar nak gantung kuali. hahahahaha...Jangan jeles na. Nak merapu meraban idea tengah kering ni. Asyik nak siapkan BQ terus hilang mood nak karang ayat-ayat cinta. Kui..kui....Layan gambar je la yer...Biar aje gambar menceritakan apa yang berlaku.

Berhenti menjamu selera di RnR Sungai Buluh. Dah lapar sangat ni.

Ajak Mizu n famili ronda-ronda Mid-Valley








Selalu pandang dari jauh. Hehehe dapat menunaikan kewajipan kepadaNya di Masjid Putrajaya sebelum sambung meronda.

Gelagat Mia dan Abang Nu'man yang tak reti duduk diam.


Pelancong yang suka sangat tengok Mia. Apa tah yang diberkenankannya.