Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Friday, February 22, 2013

Oh laling

My laling tak sehat lagi. Lama betul dia deman dan sakit tekak. 2x g klinik. Semalam aku bawa ke jabatan kecemasan hospital. Kesian tengok laling teruk. Dari ahad lepas. Today dah Saturday. Dekat seminggu la ni. Cepatlah sehat yer laling.

Wednesday, February 20, 2013

Oh my SG...

SG ni nama Sweetu...Tu yang sweet jer bergambar...hehehehe......
Lama betul aku tak update pasal SG, tak nyempat ler kengkawan..Sibuk dengan anak-anak. Hari ni baru tergerak nak update. Dulu aku cerita pasal Boboi Boy, Yaya 2 dan Ying yang garang tu kan....Hahaha lepas tu aku diam....Sekarang dah ada pertambahan, Yaya 2 dah ada keturunan.
Batch pertama : Nama anak dia : Mango ( Jantan )   dan Celery ( Betina )
Batch kedua :    Nama anak dia : Milo ( Jantan )  dan Sweetu ( Betina )

Sekarang pula Yaya2 bunting lagi. Hahaha termasuk juga Ying gemuks....Punyalah lama aku nantikan Ying gemuks tu bunting.

Sekarang ni semua SG aku dah ada 7 ekor. Tu belum masuk yang ada dalam kantung Yaya 2 dan Ying. Nanti aku upload gambar SG yang baru..Sabar yer......

Jamuan Raya JPS Perak 2012

Dah nak puasa balik, baru aku ada masa nak upload gambar jamuan raya tahun lepas. Apa punya turr ni.....




Birthday Syifaa' ke 9, 6.12.2012

Wah, anak dara aku dah 9 tahun. Cepat betul masa berlalu. Sebagai memenuhi permintaan Along dari awal tahun lagi, aku dengan adik aku si Zaza telah membuat sebiji kek patung khas buat anak perempuan sulung aku tu. Saja rahsia dari pengetahuan Along. Bila dia tanya siapa punya, terus aku cakap orang tempah. Hahaha kang bagitahu awal-awal, sat gi dia terover excited. Tu yang malas bagi tahu.


Siap segala juadah terus aku bagi tahu kat Along. Suruh jemput kawan-kawan dia mai rumah. Sekali dengan mak-mak dorang. Senyum  lebar dia tengok kek tu dia punya. Happy ler tu. Hahaha umi dengan mama buat kek patung sopan ni. Siap pakai tudung tu. Ayu mengancam.

Wajah birthday gurl...

Ni ler muka-muka yang buat kek ni. 3 pagi baru tidur nak decorate kek ni. Fuh memang berbaloi.

Tetamu-tetamu yang hadir. Seronok tengok mereka menjamu selera. Jadi ler buat kenduri kecil-kecil.


JJCM Utara - My School

Alang-alang dah lalu, apalagi teman nak singgah ler. Nak mengimbau zaman menuntut ilmu di sini. Banyak kenangan di sana. Waaaa.......rindu-rindu...Ada ke lagi cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu.

Ni ler jalan yang dulu aku lalui tiap-tiap hari. Time datang dan time balik. Kalau balik macam lipas kudung aku jalan. Habis semua orang aku langgar. Dan dorang kalau aku jalan memang dah bagi jalan kat aku. Tak mau kena langgar le tu. Hahaha.....

Bangunan sekolah : bilik kelas, pejabat n library dan juga dewan.

Yang atas sekali tempat segala datuk nenek pengangkutan sekolah tunggu kat sini. Termasuk ler feri yang takkan tenggelam. Hahaha....Trak askar ler..Dah namanya anak askar mesti ler pergi sekolah naik trak. Tapi yang tak syoknya apsal tah askar panggil trak sekolah tu sebagai feri sekolah. Malu toi kena gelak dengan kengkawan. Heeh depa tu jeles tak dapat naik.

Pelan sekolah...Saja tangkap. Kalau lupa boleh tengok balik.

Dewan di mana aku mengambil peperiksaan SPM tahun 1996.

Tu nama sekolah aku. Dulunya hanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tanjung Pauh, SMTP. Skang dah tambah perkataan Kebangsaan.

Sebelum balik pekena bihun sup kat belakang pekan Tanah Merah. Pekan kecil ni kat Kedah yer bukan di Kelantan. Perghh memang sedap tu. Sampai 2 mangkuk aku sapu. Lebuh dah diet aku....hihihi

JJCM Utara

Planning mendadak my laling...Jom kita ronda utara.....Yahooo !!!!

Bersantai di homestay yang disewa...Kecik comel rumahnya.



Melawat Gua Kelam....Hahaha ada budak penakut....Siapa lagi Si Abang ler...Si Mia pula tak reti diam. Risau aku kang dia terjun dalam sungai di gua tu. Jenuh kawal ler...Ponat..ponat......


Melawat Ladang Burung Unta. Siap bagi makan. Setiap yang datang bagi makan. Yang peliknya burung ni tak berhenti-henti makan. Bila tah nak kenyang ?

Jejak kaki kat Wang Kelian. Bukan nak shopping pun. Saja bawa anak-anak berjalan. Last sekali beli pulut nasi dengan ayam goreng. Fuyoo sedap..Berebut anak-anak nak makan.

Tuesday, February 19, 2013

Lagi gambar keje

Parit asal iaitu parit tanah. Masalah kerap yang berlaku adalah banjir. Orang sekeliling juga anggap yang parit ni macam tong sampah. Sampaikan tilam pun dorang humban dalam ni. Teruk betul...

Telah diupgrade ke longkang konkrit untuk menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku.

Gabion batu untuk mengekalkan kestabilan tebing. Salah satu cara nak protect tebing.

Selamat Pagi semua !!

Hari yang cerah. Pagi ni aku nak ke site. Nak tengok condition aduan semalam. Balik nanti nak buat report kat bos plak. Maybe akan panjangkan ke pihak berkenaan. Nak gedegit2 gambar. Senang sikit nak bagi penerangan kat big boss. Tunjuk gambar saja terus. Lagi nampak masalahnya. Nanti aku upload gambar pasal apa aduan ni yer....

Dah balik opis, terus upload gambar ni. Karang terlupa pulak nak buat.

Tebing parit oleh orang persendirian. Habislah terhakis tebing parit ni kalau air laut pasang. Sungai ni dahlah open terus dengan laut.

Boleh tengok sendiri kan. Tak lama ler bertahan tebing macam ni,

Monday, February 18, 2013

Chicken Chop....Puasa 2012

Hehehe dah habis raya baru nak upload gambar hidangan bulan puasa yang lepas...Memang lambat betul aku ni. Maaf yer...Banyak komitment nak kena buat. Baru jer sat tadi layan aduan dari penduduk kampung. Apa pun layan jer gambar ni.





Saturday, February 16, 2013

Salah timing plak.....

Today my anniversary, ingat nak berkepit dengan my laling tapi ghuper2 nyer my laling dah ada program. Ada perlawanan paint ball. Memang tak masyuk. 

Sibuk betul hari ni punya program. Bawa sarapan kanak-kanak ribena. Siap buat drama sebabak lagi. Apalagi si kecik tu yang sekarang ni kuat betul merajuk. Lepas sarapan ke pasar. Beli ikan masin. Ingat den nak buek masal lomak cili api. Terbuka selera tu. Hantar sms ke my laling tanya Along saper yang amik. Along ada tuisyen pagi ni. My Laling call cakap tak boleh amik.

Jam 12.30 pergi amik Along dengan anak jiran sekali ( Danial dan Ain). Terus g tapau lauk. Tak sempat nak masak. Jam 2 petang hantar Along dan Abang pula pergi kelas tuisyen petang. Balik tu kasi settle kain baju yang membukit. Mujur Si Damia tu membantu. Bantu riuhkan suasana ajer la. Masuk rumah, amik bantal terus ZZZZ......

Jam 5 ptg pergi Kg Koh hantar SNE Kapsul kat pelanggan. Terus amik Along dan Abang. Baru ler boleh dating dengan my laling bertemankan anak-anak. Belanja makan nasi kukus ayam dara..Fuh terangkat lazatnya. Nasi panas dengan suasana sejuk pasal hujan. Thanks laling....

Group my laling dapat tempat pertama dalam game paint ball. Dapat ler baucer AEON RM 90. My laling serah semua pada aku. Apalagi guna beli barang dapur ler. Malam tu bawa Along, Abang dan Mia ke Aeon Manjung. Ambik tu amik ni, habis ler baucar tu. Ronda Lumut bawa anak-anak pusing. Balik saja rumah semuanya dah mengantuk tahap bahaya. Kemas serba sedikit angkut semua masuk bilik tidur. Aku saja jer yang tak tidur. Tiba-tiba semangat nak update blog.

Ni tak tidur lagi, tengah update blog..Banyak citer n gambar tak masuk lagi. Xper take time...Huarggghhh kena log off ni. Mata dah berat giler ni. Jam pun dah 2.37 pagi. Esok Along ada kelas pagi lagi. Kena bangun awal goreng mee untuk sarapan...Babai semua.....


JJCM 2012 - 9.12.2012 Genting

Apalagi sudah sampai mesti nak naik...Uminya dah masuk kali ke 2...Bagi anak-anak inilah pertama kali. Hehe umi pun walau kali ke2 tapi excited tu macam kali pertama. Seronok oo jalan-jalan. Tenang ajer fikiran dan perasaan tengok view alam yang lawa dan menghijau.

Semangat anak-anak bangun nak naik Genting. Dari malam tadi lagi dok tengok puncak Genting dari view balkoni apartment. Memang nampak lampu-lampu yang bergemerlapan kat atas. Pekena sarapan dulu cari kederat..Kang mau jalan lagi. Makanan kat atas tu mahal-mahal plak...Kita top-up siap-siap...:)

Nak jadi cerita, my laling kena bawa kereta pasal MIL dan FIL tak berani nak naik cable car. Gayat katanya. Dulu pun bercuti kat Langkawi tak mau naik cable car kat sana. So aku n the crew saja yang naik cable car. Semua muka bersemangat. Punyalah panjang nak beratur. Lain kali kalau nak mai Genting kena mai time bukan cuti sekolah. Nak menyampai ke petak menunggu depan cable car entah berapa kali kena buat pusingan. Agak-agak sampai nak naik give up. Mau taknya, jenuh aku nak melayan si kecik aku yang tak sabar-sabar nak naik cable car.

Akhirnya dapat naik....Syukur....



 Sampai kat atas melepak depan taman hotel. Tunggu my laling sampai. Lepas selamat gathering terus masuk ke outdoor game. Anak-anak tak sabar nak main dah. Waaa umi memang takkan dapat main. Kena jaga si kecik tu. Tengok ajer laa...




Ni baru kat pintu masuk ajer....Moh kita ke dalam. Time to play....Yabedabedu !!!!!









Lepas sembahyang maghrib baru berangkai ke cable car. Dan sesi menunggu terpaksa dilalui lagi. Memang letih tahap maksima ni. Tidur malam memang lena betul....

JJCM 2012.....8.12.2012 Colmar Tropicale

Dulu bila tengok video klip video Dil Mange More, timbul rasa nak sangat pi tempat dalam video tu. Cantik nyer.......Memang pas tu tak berenti bercerita dengan my laling dan anak-anak. Udah jadi macam cerita dongeng plak. Apsal tah kemaruk sangat nak ke situ. Maybe pasal view tempat tu yang menarik pandangan mata aku yang suka tengok nature.


 View dalam klip video ni memang marveolus....Mula berangan nak bersantai kat sana. Maklumlah suasana kat situ macam kat negeri omputih..Hehehe mana ler den dapek pi obersea...Gi dalam negeri udah ler...Udah itu yang teman mampu....

Memang tak sangka cempedak nak tukar baju jadi nangka, my laling pula buat perancangan percutian tahun 2012 ke sana..Hahaha nak capaikan impian bini dia yang rapla ler ni. Makacih laling. Cayang awak !!!

Adus kena drive sendiri pasal 2 biji kereta....My laling with FIL satu kereta. Aku plak bawa rakyat2ku, my adik, MIL dan bakal adik ipar....Uui memang mendebarkan pada aku yang selalunya bawa keta setakat sekangkang kera jer..uhuk...uhuk....Paling gabra time turun bukit. Waduh-waduh..risau ya amat. Dok tercium-cium bau brek hangit. Memang kena kuat semangat. Itu ler selalu sedap-sedap duduk belakang tunggu sampai. Siap boleh buat tahi mata. Bila bawa sendiri baru tau...Hehehe pengajaran buat aku ni.

Tarikh yang dipilih untuk bergerak 8.12.2012....Destinasi pertama terus ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Tak sabar-sabar aku nak sampai sana. Semangat ooo memandu....





Yahooo....best toi lepak situ....Tapi pas ni nak pergi tempat lagi best. Kita melancong ke Jepun pula. Takyah naik kapal terbang. Kita naik kereta ajer yer.....Jom terjah....





Destinasi seterusnya pi lepak kat taman arnab..Bagi bebudak main arnab. Memang banyak pun...Yop kita layan gambar. Pas ni terus ke apartment sewa...Udah letih  dong. Esok ajer aku sambung balik apa aktivitinya.....Humarghh ai lenguh habis badan...