Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, February 16, 2015

Gelagat Si Comey

ALOLO SI COMEY NI.....DAH 7 BULAN BURUK AKU NI. DIAM TAK DIAM DAH BESAR ANAK UMI NI. ALHAMDULLILAH ANAK UMI TAK BANYAK RAGAM. YANG BANYAK RAGAM  SEKARANG NI KAK MIA DENGAN ABANG NU'MAN JER. NAIK FENIN UMI NAK COVER PERANGAI BUDAK BERDUA TU.

Kenduri anak makcik...Si Ida.

Berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak bongsu makcik sedara my laling. Time ni slim lg...Hahaha maklumlah baru bersalin. Lepas bersalin memang aku mengecil kejap tapi 5-6 bulan lepas pantang terus aku kembali comey seperti sediakala. Huhuhu nak diet tak boleh. Si kecil menyusu badan. Lepas menyusu sure perut aku dah berbunyi-bunyi lapar. Tak payah nak berangan berdiet kalau macam ni.





Bersteambot ramai-ramai

Hehehe tercapai hajat nak makan ramai-ramai. Berpeluang balik menjengah keluarga di Sungai Petani. Kebetulan boleh cuti bersama. Iyalah kekadang susah sangat nak dapat my laling boleh cuti time aku cuti. Sok sek sok sek dengan dia sambil-sambil bawa kereta tu. Dialah yang bagi cadangan makan steambot. Itupun kebetulan dapat pamplet dari mana aku dah tak ingat. Hehehe cepat betul aku ni lupa. 

Malam tu ramai-ramai ke sana. Sebuah kereta tak muat so kena guna 2 buah kereta,

Masing-masing tak sabar nak makan dah.....mana tak sabarnyer....makanan udah terbentang depan mata.

My laling melayan hero makan. 

Muka-muka kesayangan hati beta.

Sedap tu.....hahaha sampai terbakar wayar tuan punya kedai. Memang kecoh keluarga Pak Hamdan dan Mak Hasiah ni kalau berkumpul

Nyummy-nyummy.....lazat tak terkata. Tambah lagi makan sambil tengok muka laling kat depan mata....hahahaha...gatal !!!

12 anniversary- sambungan kisah

Meh nak sambung citer balik. Apa yang suprise tu ?. Hahahaha sure tertanya-tanyakan. Jangan risau. Ini yang aku nak citer pun.

Balik je rumah tengahari terus buat nasi goreng. Menu simple aje. Lepas sembahyang aku dengan tugas rutin setiap hari...hahaha apalagi...memerah susu untuk bekalan si comey Amalin. Menapak aku ke almari baju nak amik kain batik. Aik kotak per tu..Nampak pelik tetiba ada kotak di dalam almari. Siap balut dengan kertas cantik lagi....Terpampang nama aku...Ini mesti kerja my laling le ni.


Berdesup tangan mengambil kotak berbalut cantik tu. Alahai sweet sangat. Jiwa dah rasa bunga-bunga cinta bertaburan jatuh. Hahaha ayat sastera jiwang tu. Retina mata menangkap kad comel yang berisi kata-kata sakti dari my laling. Fuyoooooo....cayang awak ketat-ketat.


Terima kasih my laling dengan pemberian yang berharga tu. Tahu sangat bie perlukan jam. Wakakak jam aku dah lama gelong rosak. Yahuuu pasni aku ada jam balik. Segan rasa. Iyalah dia bagi hadiah tapi aku ni bagi apa pula. Hadiah xder so aku bagi kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk kesayanganku ini. My lalinglah de only one yang ada special place in my heart. Awak tahu apa yang terbaek untuk saya.




12 tahun dah kita layari bahtera rumahtangga, Macam-macam onak duri sudah kita tempuhi. Sesetengahnya semakin menjadikan kita matang dalam menangani masalah kehidupan serta ujian yang menjengah. Macam tak percaya yer yang kita dah bersama selama 12 tahun. Kejap aje masa berlalu. Anak sulung kita pun dah darjah enam. Dan kita pun dah ada 4 orang cahayamata. Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan keluarga ini. 

Our 12th Anniversary

Diam tak diam kan. Hehehe udah 12 tahun aku bercouple-couple dengan ikatan yang sah tau ( Mana main tanpa izin ni . Today is our anniversary my laling. Sayang awak sangat.

Hehehe teringat semalam alarm telefon my laling bunyi tepat jam 12 tgh malam. Cepat-cepat my laling matikan alarm. Kerling sepintas lalu kat aku yang kebetulan tercegat berdiri nak simpan baju dalam almari. Laa ingatkan nak cakap sesuatu rupa-rupanya sambung tidur balik. Ni sahih penangan ubat selesema dan batuk. Kesian my laling selesema n batuk. Udah le awai bulan ari tu demam.

Pagi ni pula ingatkan nak dating sarapan pagi bersama-sama. Sampai je pejabat baru tahu kena pergi dewan dengar taklimat. Huhuhu hancus my plan. Mujur tak sempat g tahu my laling. Lepas hantar si Amalin yang comey, aku terus ke dewan. Tu dia punya le ramai orang. Apalagi keputusan sepakat diantara 6 kepala pun  diambil. Zoommmm g sarapan. Lepas tu terus balik pejabat settle kerja. 

Ada suprise !!!!!.....To be continued.