Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, May 26, 2013

Nasi Mandy Lahm ( Kambing ) Arab

Ya habibi ya maulana.....hehehe musim nasi arab ler plak my laling ni. Permintaan teristimewa dia. Hahaha udah ler aku ni terer sangat memasak. Apalagi surf internet ler cari resepi. Bersilat ler aku kat dapur tu. Tung tang tung tang. Jap-jap tengok resepi. Yahoooo...berjaya juga aku di percubaan kali pertama. Licin tu...


Bahan-bahan ( Untuk 7 orang makan )

Firstly kena sediakan stok tulang untuk nasi.

Cara2nya :

*       1.5 kg tulang kambing atau daging kambing
*       15 biji buah pelaga
*       15 biji bunga cengkih
*       15 biji lada hitam
*       1 sudu kecil jintan putih
*       1 sudu buah pala (diketuk ) ...Tu kalau ada, saya tak buh pun. Tak sempat nak cari..hehehe
*       3 helai daun salam @ bay leaves ( Kat Aeon ada. Yang ni pun saya tak buh. Tak teringat ada
 kat Aeon.
*       1 inci halia ( diketuk )
*        Garam ( agak-agak jer. Karang nak combine dengan nasi )


Secondly, bahan untuk nasi pula yer

*      3 cawan beras basmathi atau faiza kohinoor ( baru tgkk iklan dlm tv. Pas ni saya nk cari beras ni juga )
*      3-4 cawan stok tulang yang kita buat mula2 tadi ( bergantung kepada jenis beras yer )
*      2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun  ( pilih ler yang mana ada kat rumah anda yer )
*      1 ladu besar bawang besar  ( potong dadu )
*      1 biji tomato yang kecil ( potong dadu )
*      4 biji buah pelaga
*      4 kuntum bunga cengkih
*      5 biji lada hitam
*      Garam secubit rasa  

Langkah Penyediaan :

# Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.

#Tumis bawang besar bersama minyak sapi/mentega/ minyak zaitun sehingga layu.

#Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. 

#Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Pindahkan ke periuk elektrik. ( kalau nak masak dapur gas pun boleh. Saya prefer dapur elektrik..hehehe takut hangit kang. Ralit duduk depan layan anak. )

# Bila nasi dah masak, boleh titikkan perwarna. Nak warna warni pun boleh. Saya letak kaler kuning dan oren.


Tadaaaaaa dah siap. Tersandar kenyang masing-masing. 

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan
( Untuk 3 - 4 orang )

*          7-8 ketul ayam ( dibersihkan )
*          5 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )
*          1 inci halia ( ditumbuk kasar )
*          3 batang serai ( ditumbuk kasar )
*          1 sudu besar ketumbar ( disangai dan ditumbuk kasar )            
*          1 sudu teh jintan manis ( disangai dan ditumbuk kasar )
*          1 sudu besar serbuk kari ayam ( suka hati nak guna brand apa pun. Saya guna cap Babas )
*          1 biji telur
*          2 sudu besar tepung jagung
*          1 tangkai daun kari ( hehehe saya buh banyak coz pokok kari berdaun lebat depan rumah ni )
*          garam secukupnya


Cara penyediaannya :

1.         Perapkan ayam dengan bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yang boleh. Lagi lama lagi sedap.

2.          Gorengkan dengan minyak yang banyak sehingga garing. Gunakan api yang perlahan sahaja.

3.          Hidangkan panas-panas. Gerenti anda akan puas hati.

Selamat mencuba.....Kegemaran my laling ni..

Makan-makan di Restoran Main Congak sahaja...

Dah masuk majalah 3 restoran ni. X payah pakai calculator. Pakcik tu main congak sahaja. Memang handal nyer dia. Lauk pauk dia pun banyak. Memang sedap sampai mengah ler teman. Yang paling aku suka ox goreng. Macam snek aku buat.

Layan gambar yer...

Terfikir2 nak makan yang mana dulu...Hehehe


Telur penyu pun ada tapi kitorang taknak. Tak sanggup nak makan.



Makan-makan....sedap tu !!!!




Inilah kesukaan aku...nyummy-nyummy

Saturday, May 18, 2013

Birthday my princess yang tomei...

hehehe baru nak upload gambar birthday gurl potong kek...
















Thanks My Laling......

Suka sangat dia buat suprise..Udah mood teman idak baik....hehehe datang bulan...Cian dia kena layan teman buat tunjuk perasaan. By the way, terima kasih sayang kerana menyayangi diri ini yang kekadang tak seberapa center.

Ingatkan beg apalah yang terletak elok atas katil. Ni suprise my laling for me. Senyap-senyap saja dia. Lepas dia pergi kerja, aku pun naik ke bilik nak mandi. Masuk je dalam bilik terus terpandang beg ni. Siapa punya beg ni ? Terus teringat kat my laling. Ini mesti keje my laling. Present teman yang lepas2 pun dia buat gempak macam ni juga. Kerana di desak oleh perasaan ingin tahu, terus aku tengok apa isi dalamnya. Oh my......tahu sangat my laling ni dengan keinginan hati aku ni. Terima kasih sangat-sangat. Hadiah ini begitu bermakna buat bie. Yang paling utama ialah kasih sayang laling pada bie.







Tuesday, May 14, 2013

Yeah.....It's my birthday today !!!!

Tua dah aku hari ini...bertambah lagi umur aku. Sudah 34 tahun aku bernafas di bumi Allah ini. Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dizinkan terus bersama keluarga tersayang. Today takder kek tau. Dah puas makan kek Damia hari tu. Kira cukuplah. Pagi-pagi lagi dah dapat kucupan sayang dari Along dan Laling. 


Tuesday, May 7, 2013

Birthday my tomei princess 5.5.2013

Assalamuailaikum, lewat update n3. Nk update pada tarikh tu sibuk pula. Lgpun baru hari ini sempat raikan dgn keluarga. Kejap ajer kan masa berlalu. 3 tahun lepas bertarung nyawa aku melahirkan si tomei tu. Lahir pun jam 1.20 pagi. Org tgh sedap tidur time tu dia keluar. Hihihi...my bucuk2 dah besar. Sayang dia sangat.

Nanti teman upload gambar nyer...susah toi nk upload guna tepon...hehe x pun aku yg x reti....hahaha malu teman...