Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, January 18, 2012

Adoyai.....


Salam semua kesayanganku di muka bumi Allah ini. Nak kongsi ni...Aku skang dan mulakan bisnes kecil-kecilan bersama adik aku Si Liza tu. Bisnes buat cupcake dan tempahan kek. Alhamdullilah Allah kurniakan rahmatnya. Allah permudahkan segala urusan. Betapa aku bersyukur ke hadrat-Nya kerana keinginan menolong keluarga diberkatinya. 2 ke 3 hari ini tidur pun tak cukup. Sibuk menyiapkan tempahan, maklumlah aku dengan adik aku baru nak bertatih berniaga. Nak tolong siang hari tak boleh pasal aku bekerja. So sebagai ganti malam hari lah aku tolong. Itupun sesudah my beloved semua dah tidur. Tu yang sampai jam 3 pagi sibuk decorate kek lagi. Semoga apa yang aku usahakan ini akan membuahkan hasil dan dapat menjadi hala tuju untuk memajukan diri buat adik aku. Kita usaha sama-sama yer......Chaiyok....Chaiyok........

2 comments:

  1. semoga bisnes itu semakin berjaya

    ReplyDelete
  2. terima kasih nur...ada masa nur boleh jenguk blog saya lagi satu tu.....taip sweetdoubleh_zazazie.blogspot.com.....nak kawan dlm fb pun boleh...carik jek zazazie....boleh cuci mata....

    ReplyDelete