Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Saturday, January 19, 2013

Andaman Resort, Langkawi 2'nd n 3'rd day

MMmm yearghh...sedapnya tido bertemankan bunyi deburan ombak. Malas rasa nak bangun pagi tapi disebabkan perut dah buat dondang terlebih sayang, so terpaksa buka kelopak mata. Sudahlah terkejut entah pukul berapa dengan lagu sudirman ' basikal tua' dari alarm hotel. Memang geram habis aku. Dengan mata separuh terbuka tak larat nak usyar, aku main gagau saja alarm tu. Main tekan-tekan saja janji senyap. After that sambung tidur....ZZZZZZ

Berperang siapkan askar-askarku bertiga tu, Along, Abang dan Si kecik Mia. Tak putus-putus aku bebel. Hish lari rezeki membebel pagi2 ni. Siap dah semua, terus berjalan ke kafe. Perut dah makin berbunyi ni. Apalagi makanan sudah terhidang. Ambil ler apa yang disukai....Hancus diet aku minggu ni. Waaaaaa.........

Selesai bersarapan, terus ambil kereta sewa kat parking depan lobi hotel coz today aktiviti sendiri. Jadual free n easy. Planning nak bawa anak-anak jalan-jalan. Posing depan jalan masuk hotel. Bukan senang nak sampai sini. Jauh betul hotel ni dari jalan besar. Memang amat-amat privacy bagi yang memerlukan atau mencari ketenangan.

Destinasi pertama, Beras terbakar....Hahaha bukan nak tengok beras tapi nak shopping kain batik dan cenderahati untuk pengasuh-pengasuh tersayang. Rembat baju yang akan jadi kesukaan my laling. Mana chek boleh habaq. Tu rahsia. Tak tau ler berapa dah rabak kat sana, baru ke Underwater World bagi anak2 suka. Eceh bukan anak2 saja, mak budak pun suka juga tau. Nasib baik tak tau berenang, kalau tidak dah buat kuak kupu-kupu dengan ikan-ikan tu.




 Petangnya before ke pekan Kuah untuk dinner, sempat singgah ke Pantai Cenang. Pekena laksa dan ABC kat sana. Terangkat habis. Bersantai tepi pantai sambil jamu selera. Dok tunggu kut-kut kapal terbang nak landing. Hahaha tercapai juga hasrat Abi nak tengok kapal terbang landing. Yahoooo....


Menu malam terakhir di sini, sedap hingga menjilat hujung jari. Erghhh...kenyang..Uhuk-uhuk esok dah nak bertolak balik.


Waa sedey....sedey....len kali teman datang lagi noooo....Sayonara....















No comments:

Post a Comment