Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, May 26, 2013

Nasi Mandy Lahm ( Kambing ) Arab

Ya habibi ya maulana.....hehehe musim nasi arab ler plak my laling ni. Permintaan teristimewa dia. Hahaha udah ler aku ni terer sangat memasak. Apalagi surf internet ler cari resepi. Bersilat ler aku kat dapur tu. Tung tang tung tang. Jap-jap tengok resepi. Yahoooo...berjaya juga aku di percubaan kali pertama. Licin tu...


Bahan-bahan ( Untuk 7 orang makan )

Firstly kena sediakan stok tulang untuk nasi.

Cara2nya :

*       1.5 kg tulang kambing atau daging kambing
*       15 biji buah pelaga
*       15 biji bunga cengkih
*       15 biji lada hitam
*       1 sudu kecil jintan putih
*       1 sudu buah pala (diketuk ) ...Tu kalau ada, saya tak buh pun. Tak sempat nak cari..hehehe
*       3 helai daun salam @ bay leaves ( Kat Aeon ada. Yang ni pun saya tak buh. Tak teringat ada
 kat Aeon.
*       1 inci halia ( diketuk )
*        Garam ( agak-agak jer. Karang nak combine dengan nasi )


Secondly, bahan untuk nasi pula yer

*      3 cawan beras basmathi atau faiza kohinoor ( baru tgkk iklan dlm tv. Pas ni saya nk cari beras ni juga )
*      3-4 cawan stok tulang yang kita buat mula2 tadi ( bergantung kepada jenis beras yer )
*      2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun  ( pilih ler yang mana ada kat rumah anda yer )
*      1 ladu besar bawang besar  ( potong dadu )
*      1 biji tomato yang kecil ( potong dadu )
*      4 biji buah pelaga
*      4 kuntum bunga cengkih
*      5 biji lada hitam
*      Garam secubit rasa  

Langkah Penyediaan :

# Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.

#Tumis bawang besar bersama minyak sapi/mentega/ minyak zaitun sehingga layu.

#Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. 

#Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Pindahkan ke periuk elektrik. ( kalau nak masak dapur gas pun boleh. Saya prefer dapur elektrik..hehehe takut hangit kang. Ralit duduk depan layan anak. )

# Bila nasi dah masak, boleh titikkan perwarna. Nak warna warni pun boleh. Saya letak kaler kuning dan oren.


Tadaaaaaa dah siap. Tersandar kenyang masing-masing. 

No comments:

Post a Comment