Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, February 2, 2014

My Little Princess, Mia. First day of school. Cayang dia !!!

Dari semalam tak sabar-sabar umi paksa si kecik tu tidur awal. Takmo ader drama airmata dipagi hari. Bukan senang nak bangunkan si kecik tu dari tidur. Maklumlah sleeping princess alaf baru. hihihihi...Pagi ni bila kejutkan dia beralih ke kanan ke kiri. Lepas tu bila umi keluar suara opera pepagi hari marah si abang yang buat drama airmata, baru mata tu terkebil-kebil memandang wajah umi dia ni. Tersengih-sengih tengok muka umi ni. Siap serah diri buka pakaian tidur. Tanpa banyak karenah terus masuk bilik air.

Sengih lebar lepas pakai pakaian seragam sekolah. Seronok le tu. Vroom cari sarapan along, abang dan Mia. Barulah senang hati nak hantar along dan abang ke sekolah.
Along yang tersenyum ceria. Padahal hati keciwa tak dapat nak makan nasi berlauk. Makan nasi lemak ajer la hari ini yer.

Si abang yang buat drama airmata pepagi hari. Habis ibu jari lebam. Entah apa yang disepaknya semalam. Anak bujang memang macam-macam.

Lepas selamat hantar along dan abang ke sekolah, terus macam bullet umi vroom kereta ke pejabat untuk punch kad. Usik-usik si kecik tu pasal tengok mata dah layu. Mengantuk le tu. Selalu bangun tidur lewat. Mulai hari ini dia kena bangun awal nak ke sekolah. Lepas punch kad barulah lemah gemalai ke sekolah my little princess. Minggu lepas dah register masuk Brainy Bunch School. http://www.brainybunch.com/ (boleh rujuk kat sini kalau nak maklumat terperinci.)

Senyum seindah suria di pagi hari.....Ala tomei-tomei...!!!!



Mia di hadapan pagar sekolah. Saja Umi suruh posing kejap. Umi gatal tangan nak update blog pasal my princess g sekolah ni....hehehe baru nak masuk 4 tahun, umi n abi dah hantar ke sekolah. Sebagai percubaan.

Sanitizer dulu sebelum masuk dalam sekolah.

Jom solat dhuha ramai-ramai....







Dalam sembahyang sempat lagi mengerling umi yer....





Belum mula kelas lagi dah excited nak belek buku.







No comments:

Post a Comment