Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, June 13, 2018

Abang sakit !

Lepas 2 minggu tengok dia kat maahad. Ustaz call. Beritahu suruh amik dia bawa balik rumah. my laling pergi seorang diri. Aku kena setel anak-anak sekolah. Teringat-ingat pada dia. Macam mana abang sekarang.

Dalam perjalanan balik, My laling telefon nangis2. Sayu hati dia tengok keadaan abang. Lemah tak bermaya. Suruh dia cari klinik kat sana dulu. Rupa-rupanya abang dah lama demam. Badan habis merah-merah. My laling cari klinik kulit.

Tengah aku buat keje kat opis, telefon berbunyi pula. My laling bari report condition abang. Nampak lesu tak bermaya. Suggest terus bawa ke Hospital Pantai Manjung. Malas nak amik risiko, Kesian dia tanggung sakit sorang-sorang.

Lepas keluar wad pantai, di rumah baru perasan rupa-rupanya abang kena kudis buta. Hmm dugaan betul buat abi dan umi. Sampai ke Klinik Nagoke Tg. Tualang kita berubat. My laling sampai stress menangani masalah ni. Bawa bertenang. Alhamdullilah dekat 5 bulan baru abang fully recover. Aku dan my laling berbincang hati ke hati. Buat keputusan keluarkan abang dari Maahad Darul Furqan. Ingat nak cari area dekat Manjung saja. Interview dengan Ustaz Maulana, Maahad Tebuk Yan dan dia dapat. Tapi mengenangkan dah tengah tahun, tentu dia akan ketinggalan dengan pelajar lain. So kami hantar dia ke Al Baghdadi Manjung sahaja. Hantar pagi dan petang aku ambil bawa balik. Bertabahlah abang. Ini dugaan Allah untuk menguji abang sebelum dia memberikan kedudukan yang istimewa.

No comments:

Post a Comment