Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, December 5, 2018

Aidilfitri 2018

Tahun ni beraya di Sungai Petani. My laling kena kerja pagi raya. So dia lepaskan kami balik beraya di SP. 

Along bertugas menjaga Si Ammar. Umi kena bawa kereta. Mujur kereta tak banyak sangat. Tak le teruk nak mengadap jem. Alhamdullilah. Kalau jem mau aku teriak. Mesti ada yang mengamuk mengalahkan incredible Hulk dalam kereta. Benda macam nilah aku nak elak. Mau tension bawa kereta.

Pagi raya selepas beraya antara keluarga, ayah bagitau nak pi rumah saudara kat Alor Setar. Ikutkan je la hasratnya. Lagipun ayah bukannya sihat sangat kebelakangan ni. Risau pula kalau tut..tut...So turutkan hajat dia tu. Bertolak dengan 2 biji kereta. Satu mana muat. Badan masing-masing sado-sado. Hahaha...Itu tandanya kena amik langkah-langkah menslimkan mana yg patut dislimkan. 

Selpie di pagi raya. Seronok Ammar bergaya dengan mamanya.

Standby nak pi beraya. Gaya masing-masing memang tak boleh lawan.

Aksi mak sedara dan pak sedara dengan anak-anak sedara kat bendang. Kang kalau jatuh bendang hangpa semua balik jalan kaki naaaa.



Amboi anak dara ni. Pose tak henggat.


On de way balik ke SP singgah pekan Alor Setar. 



Ni jamuan di sekolah Amalin. Sedap Amalin makan lontong.

Jamuan raya kat opis. Macam-macam citer yang ada. Jadi ler amik berapa keping ni je. Kang banyak-banyak jenuh nak tengok pula.

No comments:

Post a Comment