Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Thursday, November 24, 2011

JJCM - Coral Bay Resort

Gara-gara aku berkursus selama 3 hari 2 malam pada 15-17.11.2011 di Pangkor, terpaksa aku menyusahkan Mak dan Ayah Mertua aku. Terima kasih Mak dan Ayah kerana sanggup membantu Zai menjaga anak-anak. My hubby pula tidak dapat menyertai kerana dia terpaksa bekerja shift malam. Foto atas ni snap dalam teksi on the way nak ke hotel Coral Bay Resort. Tengok Si Damia yang tidak reti duduk diam. Siap nak panjat lagi kerusi tu. Tidak padan langsung muka lembut tapi buas yang amat.

Along with happy face....Seronok tak terkata dia. Maklumlah cuti sekolah lagi awal dari kengkawannya. Orang lain sekolah, dia pula bercuti gara-gara mengikut Umi berkursus. Menyengih tidak habis-habis dari jeti Marina lagi.

Coral Bay Resort......Saja snap bukti tanda dah pernah sampai sini.

Mulalah tu aktiviti meneroka bilik. Memang dah hafal sangat keletah anak-anak Umi ni. Masuk jer dalam bilik hotel adalah aktiviti yang mereka dah rencanakan diam-diam.

Damia yang tanpa membuang masa memulakan operasi menyelongkar. Dok hello-hello...Macam gelagat si Abang kecik-kecik dulu. Masuk bilik hotel, telefon hotel dia target dulu. Terus aku cabut wayar belakang. Karang tak pasal-pasal aku kena buat bayaran tambahan. Ikut suka dia je menekan nombor.

Amboi bertimpuh makan biskut. Mata tu dok khusyuk kat skrin TV.  Habis bersepah bilik dengan sisa-sisa makanan. Lepas biskut, makan roti. Along dengan Abang makan maggi pun dia join sekali. Jenuh mak menjaga anak aku yang kian buas ni sampaikan sakit-sakit pinggang dia. Kesian aku tengok. Maklumlah masa aku amat terhad semasa kursus ni. Mula dari pagi sampaikan ke malam ada aturcara. Balik je aku ke bilik, Damia dah terbungkang tidur. Sian anak Umi. Tak dapat berkepit macam biasa.

Gelagat Along dan Abang yang suka sangat bertembung dengan air. Tak nyempat-nyempat dari mula sampai lagi nak mandi kolam. Mujur Umi terkena aktiviti team building yang menyebabkan Umi terpaksa berendam dalam kolam mandi. Selesai aktiviti tu, Umi bagi green light pada anak-anak Umi turun ke bawah mandi kolam. Seronok bukan main mereka menerpa kolam. Tengok muka pun dah tau...aura kegembiraan yang amat menyerlah.

Along dengan gaya kuak lentang siap bagi tanda peace lagi.

Amboi punyalah seronok main air. Jeles juga Umi tengok. Kang kalau Umi buat aksi ni sahih nampak buruk benor..

Udah tu anak-anak. Jom balik bilik. Jenuh memujuk suruh naik tapi liat benar sorang-sorang. Sampai kena ugut baru nak naik. Karang lambat-lambat tak sempat Umi nak kejar Asar. Baju dan tudung pun tak gosok lagi untuk acara dinner malam ni.

Balik dah. Lepak tunggu Abi ambil kereta. Apalagi aku gedegik-gedegik ler ambil gambar anak-anak. Seronok tengok kolam kecik yang jadi sebahagian landscape Jeti Marina.

Ikan....Ikan.....Muncung-muncung bibir Along punya beria menunjukkan anak-anak ikan dalam kolam kecik tu. Apa-apapun aku gembira anak-anak aku terhibur bercuti yang macam tak cuti ni. Sempat Abi bawa mereka ronda-ronda Pangkor. Aku tak ikut program mereka pasal jadual aku padat dengan program kursus.

No comments:

Post a Comment