Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, November 28, 2011

XTVT Along


Tanggal 30.10.2011, Along ambil ujian tali pinggang taekwando. Dari putih nak tukar ke warna kuning. Punyalah semangat Umi menghantar Along ke Dewan dekat Pejabat Daerah. Aku angkut sekali Abang dan Damia. Abi ada futsal pula hari tu kat belakang Giant. So aku ler kena attend dulu. Habis futsal baru Abi akan datang. Pukul 2 dah sampai kat dewan. Sharp ikut surat yang cikgu bagi. Tunggu punya tunggu, jam 3 lebih baru mula pasal penguji tu datang pukul 3. Along sedap bertaekwando, aku pula sibuk berperang mengejar Damia yang tidak reti duduk diam. Jenuh mahu mengejar.


Amboi sempot mengerling lagi Along. Tengok master tu. Karang kena marah baru tahu. Jangan hiraukan Umi kat tepi ni. Buat elok-elok ye sayang. Anak Umi Boleh !! Chaiyok....Chaiyok...nampak sangat Umi yang terover excited ni. Saper plak yang ambil ujian ni. Along ke Umi....Kang Umi buka langkah kang terus jek master dengan penguji Along tu pengsan...Umi ni jurusan suka hati...

Hahaha dulu Umi belajar sekerat jalan. Tak sempat nak tukar warna tali pinggang pun. Takper Along yang akan membawa delegasi Umi. Hidup Along...Along boleh......Selamba jer gaya Along. Hahaha per la aku yang terlebey sudah. Bagus Along berjaya ujian ni. Pas ni Along pakai tali pinggang kuning pula. Belajar lagi n pas ni boleh ambil ujian lagi....Bagus-bagus.....


Kesian Damia. Terlena keletihan. Kalau tak tidur ke hulu ke hilir meneroka tempat. Mujur Abi datang dan boleh bergilir menjaga dan mengepungnya. Mana tak tidur. Dekat berapa jam dah aku n anak-anak bertapa dalam dewan ni. Dari jam 2 hingga jam 5.....penat...penat.....
After keputusan diumumkan master dan semua bersurai, Abi bawa kami ke Tesco. Saja mahu belanja Along makan KFC. Suka kemain bebudak ni. Aku suka tapi aku tak suka ayam KFC la ni pasal sekarang ni tengah promote ayam goreng tomyam...Aku kan tak suka tomyam...Biasa ler dari dahulukala memang tak sior teman dengan tomyam ni gara-gara teman tak berkenan dengan daun limau purut. Apalah yang daun limau purut tu buat kat teman sampaikan teman idak suker.

No comments:

Post a Comment