Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, December 14, 2011

Cepat sembuh ya Sayang...

Semalam terasa berdenyut pantas jantung aku ni. Maunya tidak. Anak bujang aku demam. Sudahlah dia tu kalau demam mesti biru menggigil. Entahlah apa sakit. Pakar beritahu sel darah merahnya mudah rosak. Bukan Anemia yer. Sudah checking untuk major n minor anemia. Mujur keputusan ok. Tak tahulah  apa yang jadi pada anak bujang aku tu.
Pagi ni dah boleh tarik nafas lega sikit nampak ada perubahan dari semalam. Tidak sia-sia Umi berkorban menjaga Abang yer...Umi harap Abang sembuh cepat. Umi sayangkan Abang. Biar Umi sakit asalkan semua anak-anak Umi sihat walafiat. Tidak pernah langsung Umi lupakan doa untuk kesejahteraan anak Umi setiap kali sembahyang.

No comments:

Post a Comment