Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Tuesday, December 13, 2011

JJCM - Penang

Tarikh 3-5.12.2011, Abi bawa kami sekeluarga pusing-pusing Pulau Pinang. Hahaha best nyer. Jalan-jalan cuci mata sambil maknn angin. Siapa yang tak suka berjalan kan. Asyik melalui rutin yang sama sahaja tiap-tiap hari. Rutin biasa....: Bangun pagi, siapkan diri, siapkan anak, angkut masuk kereta, bergegas ke pejabat punch kad, tuju gerai cari sarapan untuk anak-anak, hantar rumah pengasuh baru boleh tarik nafas pergi pejabat balik. Hahaha macam banyak jer carta alir kerja tu. Yang nyata itulah yang aku kena buat 5 hari seminggu. Takkan miss punya. Waktu sekolah pulak tengahari dah memang sedia menunggu. Amik Abang hantar rumah opah dan jam 2.30 petang jemput Along pula dari sekolah dan terus hantar rumah opahnya. So bila cuti, inilah waktu yang dinanti-nantikan untuk berehat dan meluangkan masa lebih untuk berkepit dengan anak-anak. Selalu waktu bekerja anak-anak hanya menumpang kasih orang sahaja. Time ni lah untuk aku mencurahkan kasih sayang walaupun aku tak berapa pandai nak tunjuk kasih sayang. Hahaha ni umi brutal. Tengah nak belajar jadi penyayang ni. Apa-apa pun best sangat dapat berjalan dengan keluarga ni. Dapat makan tengahari di Line Clear Nasi Kandar ( Abi bagitau glamer juga kedai ni. Siap kena beratur lagi tunggu giliran nak ambil juadah. Lepak kat Prangin Mall sampai malam. Jalan-jalan sambil cari barangan sekolah untuk Along dan Abang. Dapat naik Bukit Bendera. Pas ni kalau orang bercerita, aku dah boleh bayangkan. Jejak kaki di Queensbay Mall dan pusing-pusing tepi laut tu. Yang paling aku takkan lupa jumpa dengan kawan lama aku si Akhmal. Siap lepak sembang kedai mamak depan hotel. Lama betul tak jumpa dengan dia. Last jumpa masa teman hubby aku ambil result adik dia. Sekarang masing-masing dah ada anak. Lain kali ada rezeki lagi kita jumpa lagi yer.

Abi yang memandu penuh berhati-hati. Mata tu jenuh ditupang maklumlah baru habis keje malam pastu kena bawa kereta ke Penang pula. Maaflah Umi tidak dapat menolong. Umi kena kepung dan layan yang bertiga tu lagi. Siapa lagi kalau bukan Along, Abang dan terutama sekali Si kecik Damia.


Dah nampak tol untuk ke jambatan. Banyaknya kereta. Maklumlah sekarang bukan ke musim cuti sekolah. Apalagi banyaklah famili yang bawa anak-anak mereka bercuti makan angin. Sama tujuannya dengan famili aku ni.


Hah lawa juga tiang yang jadi pertengahan jambatan ni yaa. Ish tiang pun aku berkenan. tah apa-apa tah aku ni. Sempat snap gambar ni dari kereta. Biasa ler Umi ni kalau dapat kamera habis nak digedegit-gedegit..Hahahaha


Camar yang pulang ke apa ni ?. Salah satu landscaping yang menarik di sana.


Kedai  yang tak ghuper cam kedai tapi punyalah glamer. Punyalah ramai orang beratur. Fuhhh...dasyat.


Muka kelaparan menunggu Abi yang masih menunggu giliran untuk mengambil juadah.


Pantang lepa ada jer posing yang menarik. Ini yang buat Umi tak habis-habis nak menekan  kamera. Suka sangat !


Umi menumpang kecomelan-kecomelan anak-anak bergaya .


Siapa nak naik beca ni ? Jika berminat sila hadirkan  diri anda ke Penang untuk mengambil nombor giliran.


Sepetang hingga ke malam melepak di sini. Sambil-sambil tu  mencari barang sekolah untuk anak-anak. Maklumlah dah nak dekat habis cuti sekolah ni. Takder la nanti kelam-kabut mencari.


Bergaya di pentas yang dihias sempena nak menyambut kedatangan Krismas nanti.


Umi snap asal nampak cantik.


Mana lagi comel. Santa yang tembam tu ker atau anak Umi ni ?


Dua beradik yang selalu buat Umi geram. Macam-macam akal diorang. Kalau boleh nak buat eksperimen ikut rancangan TVIQ.


Kalau bab senyum over ni, bagi ler pada Damia. Tengoklah betapa sukanya dia tersenyum.


Minah cun. Tak berenggang dari lip balmnya. Tengok bibir tu merah saja.


Tadaaaa....Kami sampai di sini dah.


Tengok ler Umi ni. Asyik tangkap gambar saja.


Amboi Along senyum simpul, yang si Damia pula punya tajam merenung siapa tah ?


Ramai betul orang beratur nak beli tiket naik ke atas. Siap nak kad pengenalan lagi. Biasa ler ramai yang datang nak merasa naik Bukit Bendera. Ala aku pun sama juga.


Dah sampai puncak ni pun. Tu kereta kabel kat belakang keluarga aku ni.


Jalan turun. Cantik senario nya.


Nampak tak cable car nya ?


Pemandangan pulau. Cuaca mendung sekarang ni. Tak jelas yer. Nak lagi jelas korang kena pergi sendiri.


My lovely famili. Tengok kat belakang tu punyalah ramai pengunjung di sana. Nak turun pun kena berbaris. Tak habis-habis berbaris. Naik tadi pun berbaris, nak turun pun kena berbaris. Nasiblah datang masa cuti sekolah.


Along yang teruja nak guna teropong. Apa yang diteropong tu? Nampak opah dengan mak tok kat kampung tak ?


Trademark di atas puncak.


Muka gembira pasal dapat tempat duduk. Naik tadi kena berdiri.


Heheheh muka Umi pun  ada. Malu ahhh...


Umi with the crew.


Tugu apa tah ni. Main snap jek aku.


Sempat gedegit gambar ni bila Abi bawa pusing jalan pantai.


Nah korang kaji ler pelan ni. Tahu ler mana korang nak tuju bila mai Penang ni nanti.


Yaa satu lagi tarikan ke Penang. Tentu sahaja tempat jeruk buah-buahan. Punyalah banyak terbentang depan mata. Cuma korang tengok dan tunggu hati tu berkenan. Dah berkenan keluarkan duit saja ler.


Ada yang tangkap cintan ker ? Jom serbu Penang.


Hotel tempat persinggahan kami. Depan hotel ni ada kedai mamak. Soru sini pun ok ler.


The Ships....Menarik lagi tertarik...Agak-agak kalau aku buat design rumah macam ni ada tak orang sanggup mai?


Tiba saat untuk makan tengahari. Minuman sejuk jadi pilihanlah. Tekak pun tengah haus ni.


Kari kepala ikan. Fuh over loaded perut.


Entah ape kebenda ni, tak tahu teman...


Snap pic dalam feri on de way nak balik Butterworth.


Nampak jambatan dari feri.


No comments:

Post a Comment