Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, November 18, 2012

The Andaman Resort, Langkawi


28.09.2012, Malakoff anjurkan staff outing ke Andaman Resort, Langkawi. Ada choice tempat lain, korea atau China tapi kami pilih pergi Langkawi saja. Dekat dan hanya perlu tambah ongkos sikit jek. Tempat lain tu kena tambah ribu-riban. Takper len kali boleh pergi bila ada rezeki. Tidur semalam di Kuala Perlis. Tak mahu kelam kabut rushing dari Manjung.

Ni pose baru sampai kat lobi hotel. Penat sangat dah ni. Perut pun dah mula melagukan lagu keroncong minta diisi.
 
Pagi bangun awal...semangat nak kejar feri...hahaha...breakfast main tapau saja. Makan dalam feri saja nanti. Yang penting nak jejak kaki ke Langkawi sebelum pukul 10 pagi. Masing-masing kecoh bersembang dalam feri. Sebelum jam 10 pagi dah terpacak kami kat jeti Kuah. Semangat membara ni. Ni kali ke 4 dah aku jejak kaki ke Langkawi. Syifaa kali ke 2 dan pertama kali buat Nu'man dan Damia. Bukan senang nak jalan-jalan makan angin orang bawa cam ni. Siap pakai bas lagi.



Muka-muka semangat waja. Senyuman di bibir di bawa bercuti. Bukan selalu kan....So apalagi kita enjoy dulu.....

Cukup saja korum dalam bas, terus kitorang di bawa ke Cable Car...Hahaha ikutkan jadual patutnya hari terakhir di sini baru ke sana. Pelan sudah tukar laa...Ayoh kita ke Cable Car...Tak sabar rasanya....

Penat berjalan ke hulu ke hilir di Langkawi Cable Car, rombongan terus dibawa menikmati makan tengahari di kedai makan entah aku tak ingat nama pula..hehehe....After lunch baru kami bertolak ke hotel untuk check in. Hahaha tak sabar nak baring atas tilam ni..Lenguh dah badan mendukung si kecik aku tu, Si Damia yang pot pet pot pet tu. Budak periang yang suka sangat berjalan. Banyak yang dia explore hari ini. Abang Nu'man pun buat drama sebabak. Boleh pulak dia salah nak naik bas. Dah sudah menanggis tak berlagu. Bikin jantung Umi dengan Abi berdenyut cepat. Mujur Umi dengan Abi tak pitam.






Sampai hotel saja, yang terlintas dalam minda adalah tilamnya. Siap tourist guard bgtau tadi harga tilam sahaja dah 30k...fuyooo....teringin nak rasa keenakkan kelembutannya. Tunggu Si Laling register masuk. Pihak hotel menyediakan teh lemon grass...Dapatlah hilangkan dahaga. Anak2 langsung tak mau sentuh. Cakap tak sedap !..Hahaha.....
 Dapat kunci tak tunggu lama terus heret beg ke bilik. Yeehaaaa.....nak bertenggek atas katil. Pinggang habis longgar-longgar ni. Mau rest...nanti malam mau keluar lagi. Dinner kat Pekan Kuah. Bukan kat hotel ni yer....Jumpa lagi esok saja...Tata titi tutu.......





























No comments:

Post a Comment