Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Tuesday, October 1, 2013

Aiskrim Oreo Homemade.......made by umi n Syifaa'




Boleh tahan juga anak-anak aku bila membebel. Tak henti-henti desak umi dia buat aiskrim. Wokay..wokay...kita buat yer... Jom Abi...Umi nak cari bahan-bahan yang perlu digunakan.

Bahan-bahan :

* 1 tin susu cair
* 3-4 sudu besar susu pekat
* 1 cup susu kotak ( full cream )
2 sudu besar milo ( Kalau nak buat perasa milo )
* 1 sudu besar esen vanila ( Kalau nak buat yang biasa )
* 2 sudu besar ovalette
Coklat Rice ( Kalau nak tabur la )
Biskut Oreo yang dihancurkan ( Kalau nak buat sebijik macam saya buat tu )


Cara-cara :

1. Blender semua bahan yang bertanda * hingga gebu
2. Tuangkan dalam bekas
3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Selepas sejam keluarkan dan boleh letakkan aksesori yang anda suka )
4. Biarkan beku seharian

Yay....udah siap.....!!

No comments:

Post a Comment