Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, October 16, 2013

Apam Gebus


Ni permintaan terhangat dipasaran dari Si Along n Si kecik, nak apam polkadot. Umi buat terus jadi apam alphabet. Pandai-pandai jer umi ni yer. Yang pasti jadi dan sedap. Mabeles.....

Mulai dgn bahan2 nya :
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovalette
2 sudu esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan Self Raising Flour ( Ayak terlebih dahulu )
Jem strawberry @ blueberry @ jem kesukaan anda.


Cara nak buat.....
1. Panaskan pengukus
2. Pukul telur + gula + esen vanila + ovalette - hingga kembang dan berwarna putih. Around 10 minutes.
3. Masukkan susu segar. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung. Sebatikan.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan ikut warna kesukaan anda sendiri.
6. Letakkan mangkuk kertas dalam acuan ( guna acuan lompang atau tat ).
7. Masukkan adunan separuh ke dalam bekas. Letakkan jem di bahagian tengah. Masukkan adunan seterusnya sehingga penuh.
8. Hiaskan dot-dot atas adunan dengan kreativiti anda. Saya main buat abjad. Nak kenalkan si kecik dengan abjab. Belajar sambil makan.
9. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana ( Balut tutup Kukusan ).

Dah ready.........Boleh makan...........


No comments:

Post a Comment