Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, November 8, 2015

Lepak santai di kedai buku

Assalamuailaikum semua...yuhuuuu aku kembali lagi. Hahahaha....Ligat tangan mengoyak sawang-sawang yang menghiasi blog ini. Lama betul aku tak menjengah blog ni...Atee...kekangan tugas mengehadkan masa aku untuk menulis. Nak detail tu nak detail ni. Kena hantar tu, kena hantar laporan ni..dan bermacam-macam kena lagi...Uuiittt terberleter pulak pepetang yang mendung ini. Sekarang dah start musim hujan. Apalagi aku kena standby le takut kawasan yang aku jaga banjir. Buat masa ni keadaan masih boleh dikawal. Semua tok sidang2 kawasan di arah berjaga-jaga dan terus lapor kat aku kalau keadaan tak terkawal. Amboi mereport tugas pula...Saja nak bagitau. Kalau nak baca boleh skip...Eceh macam le boleh skip. 

Bila ada masa lapang waktu cuti, my laling suka sangat ajak aku n anak2 berjalan-jalan dekat-dekat sini je. Tempat paling digemari adalah Aeon. Takde tempat lain yang nak lepak. Mesti nak lepak dalam kedai buku. Dari yang besar hingga yang kecik suka melayan buku. Alhamdullilah, satu aktiviti yang berfaedah. Bagus..bagus...yang x bagusnya mesti le rabak duit aku bila mata dan hati tak boleh dikontrol bila dapat pegang dan belek buku. Maunya tak rembat 2 ke 3 buku..Huhuhuhu...



No comments:

Post a Comment