Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Tuesday, July 7, 2015

Jelajah Masjid - Masjid Cina Tasek Ipoh

My Laling bawa kami jalan-jalan jelajah masjid. Best juga. Kan memang bagus kita mendekati pusat ilmu. Godek-godek pakcik google cari info tentang masjid cina di Tasek.
Masjid Muhammadiah yang terletak di Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak dibina dengan konsep seni bina Cina. Ia dikenali sebagai Masjid Cina dalam kalangan penduduk tempatan di samping menjadi satu lagi mercu tanda baharu kawasan berkenaan.
Masjid yang mengambil nama sempena masjid lamanya, berasal daripada Madrasah Muhammadiah yang didirikan oleh Allahyarham Abdul Latif Mohd. Kassim bersama tujuh rakannya pada tahun 1973.
Kami dari Kuala Kangsar. Lepak di sana semalam. Dalam perjalanan balik my laling bagi cadangan paling bernas. Jom kenalkan dan dekatkan anak-anak kita dengan masjid. Aku pun suka juga dengan cadangan tu. Kami terus bergerak ke Tasek, Ipoh.
 Sampai je kat sana teruja tengok rekabentuk masjid. Terasa cam dok kat China je. Kebetulan azan Zohor dah berkumandang. Masuk ke dalam untuk mengerjakan solat Zohor.
Alolo my Amalin
Teruja nampak.

Bergambar di kawasan luar masjid. Cuaca redup masa ni. Maklumlah baru lepas hujan.




No comments:

Post a Comment