Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, June 21, 2017

Syawal pasti menjelma, Ramadhan makin mengundurkan diri.

Assalamuailaikum kepada semua......

Sedar x sedar lagi 3 hari kita nak rayakan. Cepat rasanya ramadhan kali ni nak berlalu. Terasa macam baru je mula puasa. Iyelah dengan kerja yang banyak kat opis, sebutharga, tender n bayar kerja mmg menyibukkan umi. Tu belum lagi dengan kesihatan Ammar yang tidak beberapa baik bulan ini.

Awal ramadhan sambut kat Hospital Pantai. Huhuhu. Ammar warded. Batuk n pernafasan laju macam nak penat. Bersahur le kami anak-beranak dengan nasi sejuk kena air-cond. Jadi le buat pengalas perut.

Pertengahan puasa pula, Si Ammar demam lagi. Tup-tup tengok keluar campak. Alahai anak umi. Kesian dia. Badan pun lemah.

Raya kat mana ?

Hehehe tahun ni beraya dua2. Mula2 balik kedah dulu. Lepas tu balik kelantan. Terus buat kenduri akikah si Ammar. Tak sabar rasanya nak pulang jumpa mak ayah. Dan paling tak sabar nak tengok anak sedara, si Adam. Sebaya dengan Ammar. Dari lahir tak jumpa lagi.

Walaweh...rumah x kemas lagi. Baju pun nak kena kemas. Huhuhu siapa nak tolong umi. Meh le tolong.

No comments:

Post a Comment