Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, September 10, 2012

Syawal Yg Indah

Sedih kerana ramadhan telah beredar pergi. Moga dipanjangkan usia agar dapat bersua lagi di tahun depan. Syawal yang datang disambut meriah. Tahun ni terpaksa beraya tanpa hubby di sisi. Dia terpaksa kerja sehingga raya ke 5. Beraya di Sg. Petani. Rupa2 adik aku pun sama nasib dengan aku. Suaminya pulang beraya ke Sabah. Takpe janji dapat raya dengan mak ayah.
Pagi beraya sesudah mempersiapkan anak-anak dan diri, sesi bermaafan dijalankan. Kat dapur pun jadilah. Tengah ayah dan mak sibuk kat dapur,aku terus terpa sua tangan minta maaf. Minta maaf mak ayah kalau akak ada terkasar bahasa dan buat benda yang menyentuh hati mak. Akak harap diampunkan...uhuk..uhuk....
Tengah sedap bersantap di pagi raya, mak buat pengumuman....ehem..ehem....Kita balik beraya di kampung. Opah dah banyak kali tepon mak. Sayu hati mak ni. Berkemas cepat !. Tu dia arahan. Apalagi terus packing barang..Pagi raya di jalan raya...hahaha
Atuk Hamdan bersama dengan cucu-cucunya....yg tiada dalam gambar Si Tak Heran dan Aniq

Apekehal Syamil tutup mata tu ?

 Family picture pagi raya

Atuk Medan dengan Opah Siah bergambar bersama cucu2nya

Hehehehe lagi-lagi bergambar


Yang ni ada Kak Ngah..tadi Kak Ngah takde....

Versi duduk atas kerusi lak.


Lawa pula gambar ni. Aku main snap ajer....Pantang jumpa kamera, nak gedegik ajer.

My Family...Abi saja yang tiada. Terpaksa bekerja di hari raya sebab cover kawan-kawannya nak balik raya. Tema purple tahun ni. Last minute baru decide after beli baju abang dan Mia di Gene Martino. Ambik sedondon.

Couple of the year !!!
My sister, Roslina bersama anak2nya. En Rosaimi ( husband ) tiada kerana beraya bersama keluarganya di Sabah.


No comments:

Post a Comment