Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Saturday, February 16, 2013

JJCM 2012 - 9.12.2012 Genting

Apalagi sudah sampai mesti nak naik...Uminya dah masuk kali ke 2...Bagi anak-anak inilah pertama kali. Hehe umi pun walau kali ke2 tapi excited tu macam kali pertama. Seronok oo jalan-jalan. Tenang ajer fikiran dan perasaan tengok view alam yang lawa dan menghijau.

Semangat anak-anak bangun nak naik Genting. Dari malam tadi lagi dok tengok puncak Genting dari view balkoni apartment. Memang nampak lampu-lampu yang bergemerlapan kat atas. Pekena sarapan dulu cari kederat..Kang mau jalan lagi. Makanan kat atas tu mahal-mahal plak...Kita top-up siap-siap...:)

Nak jadi cerita, my laling kena bawa kereta pasal MIL dan FIL tak berani nak naik cable car. Gayat katanya. Dulu pun bercuti kat Langkawi tak mau naik cable car kat sana. So aku n the crew saja yang naik cable car. Semua muka bersemangat. Punyalah panjang nak beratur. Lain kali kalau nak mai Genting kena mai time bukan cuti sekolah. Nak menyampai ke petak menunggu depan cable car entah berapa kali kena buat pusingan. Agak-agak sampai nak naik give up. Mau taknya, jenuh aku nak melayan si kecik aku yang tak sabar-sabar nak naik cable car.

Akhirnya dapat naik....Syukur....



 Sampai kat atas melepak depan taman hotel. Tunggu my laling sampai. Lepas selamat gathering terus masuk ke outdoor game. Anak-anak tak sabar nak main dah. Waaa umi memang takkan dapat main. Kena jaga si kecik tu. Tengok ajer laa...




Ni baru kat pintu masuk ajer....Moh kita ke dalam. Time to play....Yabedabedu !!!!!









Lepas sembahyang maghrib baru berangkai ke cable car. Dan sesi menunggu terpaksa dilalui lagi. Memang letih tahap maksima ni. Tidur malam memang lena betul....

No comments:

Post a Comment