Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Saturday, February 16, 2013

Salah timing plak.....

Today my anniversary, ingat nak berkepit dengan my laling tapi ghuper2 nyer my laling dah ada program. Ada perlawanan paint ball. Memang tak masyuk. 

Sibuk betul hari ni punya program. Bawa sarapan kanak-kanak ribena. Siap buat drama sebabak lagi. Apalagi si kecik tu yang sekarang ni kuat betul merajuk. Lepas sarapan ke pasar. Beli ikan masin. Ingat den nak buek masal lomak cili api. Terbuka selera tu. Hantar sms ke my laling tanya Along saper yang amik. Along ada tuisyen pagi ni. My Laling call cakap tak boleh amik.

Jam 12.30 pergi amik Along dengan anak jiran sekali ( Danial dan Ain). Terus g tapau lauk. Tak sempat nak masak. Jam 2 petang hantar Along dan Abang pula pergi kelas tuisyen petang. Balik tu kasi settle kain baju yang membukit. Mujur Si Damia tu membantu. Bantu riuhkan suasana ajer la. Masuk rumah, amik bantal terus ZZZZ......

Jam 5 ptg pergi Kg Koh hantar SNE Kapsul kat pelanggan. Terus amik Along dan Abang. Baru ler boleh dating dengan my laling bertemankan anak-anak. Belanja makan nasi kukus ayam dara..Fuh terangkat lazatnya. Nasi panas dengan suasana sejuk pasal hujan. Thanks laling....

Group my laling dapat tempat pertama dalam game paint ball. Dapat ler baucer AEON RM 90. My laling serah semua pada aku. Apalagi guna beli barang dapur ler. Malam tu bawa Along, Abang dan Mia ke Aeon Manjung. Ambik tu amik ni, habis ler baucar tu. Ronda Lumut bawa anak-anak pusing. Balik saja rumah semuanya dah mengantuk tahap bahaya. Kemas serba sedikit angkut semua masuk bilik tidur. Aku saja jer yang tak tidur. Tiba-tiba semangat nak update blog.

Ni tak tidur lagi, tengah update blog..Banyak citer n gambar tak masuk lagi. Xper take time...Huarggghhh kena log off ni. Mata dah berat giler ni. Jam pun dah 2.37 pagi. Esok Along ada kelas pagi lagi. Kena bangun awal goreng mee untuk sarapan...Babai semua.....


No comments:

Post a Comment