Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, September 5, 2011

New Comer


 Tanggal 5 Mei 2010,
Lahirnya seorang bayi perempuan yang kemudian dinamakan sebagai NUR DAMIA ELSA yang dipilih dengan keputusan sepakat oleh abi dan umi. Anak kelate mek ni...Ini gara-gara kehendak Abi dia nak anak kelate pula. Along dan abang orang perak.
Mujur aku sempat balik ke kelantan pada tarikh 4.5.2010. Kalau tidak dapat anak perak ler jawabnya. Tu pun gamble balik pasal udah turun tanda sehari sebelum. Maybe belum sampai lagi masa si kecik tu nak keluar tengok dunia dan tahu sangat hasrat abinya nak sama negeri.
Kesian along kena tinggal dengan Abi. Silap planning. Ingatkan nak bersalin time cuti sekolah. Last-last terpaksa tinggalkan along di manjung dengan abinya. Lagi 2 minggu sekolah akan bercuti.
Sedap2 lepak malam tu tetiba jek air ketuban pecah. Apalagi kepoh ler mak ayah mertua aku. kelam kabut panggil bidan kampung. Lepas di check bidan kampung tu suruh segera ke hospital pasai bukaan dah 4 cm. Apsal aku tak rasa sakit pun. Apalagi laju ler bapa mertua aku bawa kereta ke Hospital Tanah Merah.
 Masuk bilik bersalin jam 1.00 pagi. After suntik ubat bagi sakit, apalagi berperang ler aku dengan kesakitan. Mujur teman maintain macho..Hahahaha. Sampaikan nurse tanya aku ni tak sakit ker? Apa punya soalan daa....Takkan nak suruh aku jerit sakit macam tarzan tu..Bila sakit aku tahan ler...My hubby plak takde disamping so aku kena ler kuatkan semangat nak lahirkan seorang insan.Waa mau nangis pun ader...Jam 1.20 pagi berakhirkan saat-saat kritikal bila suara tangisan bayi perempuan kedengaran. Selamat....Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana memudahkan proses kelahiran ( walaupun kena jahit banyak ). Terkejut aku bila nurse bagitahu berat anak aku 3.5kg. Amboi besarnya. Punyalah mencanak lari dengan ramalan 2 ke 3 orang doktor yang aku refer waktu check up. Amboi ni rekod ni. Kalah rekod along yang berat ketika lahir 3.45kg. Si abang ler paling corot nampaknya dengan berat 3.2kg.
 Hahaha ingatkan nak pantang kat kelantan lama, last2 abi call cerita yang along tak ceria langsung macam orang ada masalah. Iyalah mana pernah aku tinggal lama2 anak dara tu. Mungkin rindukan adiknya dan rindu nak jumpa adik barunya. Abi dan along balik dan bawa kami semua pulang ke manjung waktu Damia berusia 5 hari.



No comments:

Post a Comment