Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Thursday, September 8, 2011

Tinggal kenangan

 Tanggal 2 April 2010 adalah tarikh yang tidak mungkin akan aku dan suami lupakan sampai bila-bila. Tarikh keramat itu adalah tarikh rumahku dimasuki perompak. Mujur kami sekeluarga tidak diapa-apakan padahal kami semua tidur di tingkat atas.
 Inilah kereta yang dilarikan mereka     ** Toyota Alphard 2005                     ** Myvi SE



 Sudahlah kereta dirembat, dengan beg duit aku pun dikebasnya. Semua barang kerja aku bersama kad kerja pun diparapnya. Rasa patah kaki bila kereta kedua-duanya dicuri. Tambahan pulak masa tu aku dah sarat sangat mengandung Si Damia. Semua urusan IC, Lesen dan apa-apa dokumen yang selalu ada dalam dompet aku kena selesaikan. Maklumlah nak dekat bersalin ada dokumen yang penting untuk aku bawa ke hospital dan untuk daftarkan anak aku. Sekarang sudah setahun lebih kejadian itu tapi aku selalu teringat pada si besar dan si kecik dalam gambar .                                     

Mana tak ingatnya, bukan senang nak dapatkan semua tu. Kena menabung dan merancang terlebih dahulu. Bukan boleh main redah ajer. Si perompak pulak suka-suka hati saja rembat wa punya keleta. Apa punya orang daaaaa..... Waaaaaaa.....mau nangis tapi takpa wa banyak kuat punya orang. Tarik nafas.....tarik nafas.....

No comments:

Post a Comment