Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, September 5, 2011

lasagne



 Inilah hobby aku yang baru, mencuba resepi. Almaklumlah chef ada di rumah ( siapa lagi adik aku la Si Zaza tu ). Punyalah semangat nak mencuba siap ke Tesco mencari barangan yang diperlukan. Hehehe lagi satu aku memang suka makan lasagne nie. Anak-anak aku pun suka dan pasal tulah yang membuatkan perasaan suka tu membuak-buak untuk mencuba. Ini gambar hasil lasagne sebelum dibakar dalam microwave oven.

 Fuh...berasap...Teng tereng siap sudah my lasagne..Amacam ada tak yang sudah terliur. Memang lazat sehingga menjilat jari. Tak sabar-sabar along dan abang nak makan. Riuh mulut minta sepotong.
 Waala....tibalah masa untuk merasa..Perghhhh...terangkat beb rasa macam beef lasagne yang aku beli kat pizza hut dulu...Laju along dan abang menyuap potongan lasagne ke dalam mulut. Laju tangan menyua pinggan nak sepotong lagi..uui tak bley jadi ni..maka umi pun mempercepatkan suapan dan menambah sepotong lagi..wakakakak...Buruk lantak umi ni....

2 comments:

  1. antie zaiii....mananya resepi leh ler wa cuba lak....nmpk adusssss cair d mulut..

    ReplyDelete
  2. amboi....nanti auntie zai bg....

    ReplyDelete